Lawatan Oleh Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang Ke Fakulti Kejuruteraan, UPM | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Lawatan oleh Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang ke Fakulti kejuruteraan, UPM

Lawatan oleh Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang ke Fakulti kejuruteraan, UPM

Pada 26 Oktober 2017, satu rombongan yang terdiri daripada 120 pelajar dan 10 pengiring dari Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Pahang telah mengadakan lawatan ke Jabatan kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Rombongan disambut oleh pensyarah Jabatan di Dewan Seminar. Taklimat berkenaan fakulti disampaikan oleh Dr Mohd Roshdi Hassan, taklimat hal ehwal dan aktiviti pelajar oleh Dr. Che Nor Aiza binti Jaafar dan taklimat jabatan dan akademik oleh Dr. Khairil Anas Bin Md Rezali. Di akhir taklimat,  Dr. Che Nor Aiza binti Jaafar selaku penyelaras hal ehwal pelajar dan alumni KMP mewakili pihak Jabatan menyampaikan replika taming sari sebagai tanda penghargaan kepada wakil rombongan sekolah. Rombongan sekolah tidak melepaskan untuk bergambar di tepi tasik Fakulti sebagai tanda kenang-kenangan pernah menjejakkan kaki ke Fakulti kejuruteraan.

 

 

Tarikh Input: 26/10/2017 | Kemaskini: 02/11/2017 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEZHAs~