Pada 4 Januari 2019, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa telah menerima pelawat daripada Politeknik Penerbangan Medan Indonesia. Antara yang turut hadir termasuklah wakil daripada Politeknik Negeri Medan Indonesia dan Politeknik Banting Selangor. Tetamu yang hadir terdiri daripada Ir. Herri Trisna Frianto, Ir. Hadi Prayitno, Sunardi Machmudi dan Dr Norhayati Zakaria. Jabatan diwakili oleh Ketua jabatan, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Abd. Rahim Abu Talib , Dr. Mohamad Ridzwan Ishak, Dr. Mohd Faisal Abdul Hamid dan Dr. Noorfaizal Yidris. Objektif lawatan adalah berkaitan kerjasama program siswazah peringkat PhD di kalangan para pensyarah di dalam bidang penyelenggaraan pesawat, kawalan, dan aeroangkasa.
Pertemuan lawatan itu diadakan di bilik mesyuarat, tingkat 5, Fakulti Kejuruteraan. Pada akhir mesyuarat semua ahli mengambil gambar kenang kenangan di hadapan mural Jabatan. Semoga kerjasama yang berterusan antara empat institusi ini dapat memajukan indutri penerbangan di Asia Tenggara dan bereputasi antarabangsa .
Tarikh Input: 09/01/2019 | Kemaskini: 09/01/2019 | no.j
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Pengajian Prasiswazah/Bacelor: 03 9769 6272/6275
Pengajian Master/PhD: 03 9769 6266/4430