Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Universiti Putra Malaysia (UPM) Dan Bentley Systems International Limited. Penubuhan Makmal BIM UPM-Bentley (UPM-Bentley BIM Lab) | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Bentley Systems International Limited. Penubuhan Makmal BIM UPM-Bentley (UPM-Bentley BIM Lab)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Bentley Systems International Limited. Penubuhan Makmal BIM UPM-Bentley (UPM-Bentley BIM Lab)

SERDANG –Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Bentley Systems International Limited bagi menjalinkan kerjasama penyelidikan, pemindahan kepakaran dan latihan pada 8 Mac 2019 bertempat di Bangunan Canselori Putra, UPM.

 

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mentransformasikan perkhidmatan awam dan sektor pembinaan negara ke arah `Digital Construction` sejajar dengan Pelan Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 dan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0), UPM telah menubuhkan Makmal Permodelan Maklumat Bangunan (BIM) UPM-Bentley (UPM-Bentley BIM Lab) dengan rakan industrinya, Bentley Systems International Limited. Bentley Systems International Limited, iaitu sebuah syarikat Sendirian Berhad yang berpengkalan di Dublin, Ireland merupakan salah satu syarikat pembangunan perisian industri pembinaan yang menyokong keperluan `Digital Construction` melalui penggunaan BIM dalam pembinaan dan pengurusan infrastruktur, termasuk jalan, jambatan, bangunan serta rangkaian utiliti.

 

Kerjasama antara UPM dan Bentley Systems International Limited dan penubuhan UPM-Bentley BIM Lab yang akan dikendalikan oleh Fakulti Kejuruteraan, UPM bermatlamatkan untuk meningkatkan penggunaan `Digital Construction` dalam industri pembinaan di Malaysia melalui pemberian latihan dan kursus bertaraf antarabangsa kepada syarikat pembinaan di Malaysia, selain perkongsian penyelidikan dan kepakaran antara UPM dan Bentley Systems International Limited. Bidang pembinaan dipilih berikutan Fakulti Kejuruteraan, UPM melalui Jabatan Kejuruteraan Awam, UPM telah mempunyai kepakaran di dalam bidang pembinaan, `Digital Construction` dan BIM. Melalui kerjasama ini, Makmal Computer Aided Design and Drafting (CADD) sedia ada akan dinaiktaraf kepada UPM-Bentley BIM Lab. Makmal ini berperanan menyediakan kemudahan untuk kepakaran, latihan dan penyelidikan strategik, sekaligus membawa manfaat kepada industri pembinaan di Malaysia, warga mahasiswa, pengajar, penyelidik dan pegawai yang terlibat bagi merancakkan industri pembinaan di Malaysia serta mengoptimumkan penggunaan sumber kos, masa dan tenaga kerja dalam pengurusan pembinaan di Malaysia. Penubuhan UPM-Bentley BIM Lab ini akan menjadi peneraju dalam menyediakan kursus pengajaran dan pembelajaran bertaraf antarabangsa, penyelidikan, kepakaran dan pengalaman professional industri dalam pengurusan industri pembinaan negara.

 

 

Tarikh Input: 08/03/2019 | Kemaskini: 12/03/2019 | amirahsyahira

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEYKAX~