MAJLIS PENGHARGAAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PROJEK KOLABORASI SMK King George V -UPM | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » MAJLIS PENGHARGAAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PROJEK KOLABORASI SMK King George V -UPM

MAJLIS PENGHARGAAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PROJEK KOLABORASI SMK King George V -UPM

 Rajah 1: Depan dari kiri; Puan Gan bin Hoon, Cik Rozana radzi, Tuan Haji Roslin Basir, Prof. Dr. Nor Kamariah Noordin, Prof. Madya Dr. Zulkilflle Leman, Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hairuddin dan Dr. Che Nor Aiza Jaafar. Dari kiri Belakang dari kiri, Cik Normalina Jamaluddin, Dr. Mus’ab Abdul Razak, Dr. Eris Elianddy Supeni, adik Aliqa Azreena Amirudin, adik Goh Yen Theng, adik Selvi Hong, adik Dinie Harees Norazlan, Dr Azizan As’arry dan Dr Khairil Anas Md Rezali
 

Serdang, 6 September 2019- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (KMP), Fakulti Kejuruteraan telah mengadakan Majlis Penghargaan Dan Penyampaian Sijil Projek Kolaborasi SMK King George V -UPM hari ini.Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan (KMP), Universiti Putra Malaysia (UPM) terlibat dengan projek komuniti berimpak tinggi dengan sekolah cluster, SMK King George V (SMK KGV) sejak tahun 2015. Pada tahun 2017, pasukan incitron dari SMK King George V telah memenangi tempat ke-4 di peringkat kebangsaan di samping memenangi the best portfolio & pit display award dan juga the best research & development award. Pada tahun 2018, pasukan Vincera dari SMK King George V pula telah menjadi juara keseluruhan di peringkat kebangsaan dalam pertandingan land rover 4x4 in school challenge 2018.  Acara ini diadakan dari 29 hingga 30 september 2018 di axiata arena, Bukit Jalil. Yang terbaharu pada 14-15 April 2019, pasukan Vincera telah memenangi tempat kedua di peringkat antarabangsa dalam pertandingan land rover 4x4 in school world final 2019 di University of Warwick United kingdom. 

Rajah 2: Di kiri: Piala kemenangan VIncera di selaku naib johan diperingkat dunia 2019  dan kanan  piala  juara di peringkat kebangsaan 2018 bagi pertandingan Land Rover  4X4 in School Challenge.

 

Di atas kejayaan dan kecemerlangan yang membanggakan ini maka Pihak jabatan KMP telah mengambil langkah untuk meraikan kejayakan anak anak muda ini dengan menganjurkan majlis penghargaan dan penyampaian sijil kepada mereka yang terlibat. Untuk majlis ini, pihak Jabatan KMP telah mengundang Pengetua Cemerlang SMK KGV, Tuan Haji Roslin Basir, Penolong Kanan Kokurikulum, Cik Rozana Radzi  dan guru penasihat projek iaitu Puan Gan Bin Hoon serta pasukan pelajar Vincera.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Prof. Dr. Nor Kamariah Noordin iaitu Dekan Fakulti Kejuruteraan. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Ketua Unit Hepa-Dr. Mus’ab Abd Razak, Ketua Unit Jaringan Dan Industri Masyarakat-Dr. Mohd Zuhri Mohamed Yusoff, Ketua Jabatan KMP-Prof. Madya Dr. Zulkiflle Leman dan pensyarah-pensyarah yang juga penasihat teknikal UPM iaitu Prof. Madya Dr Abdul Aziz Hairuddin, D.r Azizan A’sarry, Dr. Che Nor Aiza Jaafar, Dr. Khairil Anas Md Rezali Dan Dr. Eris Elliandy Supeni.

Majlis dimulakan dengan makan tengahari sebelum majlis berlangsung pada jam 3.30 petang bertempat di Bilik Persidangan Jurutera, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Setelah bacaan doa, Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hairuddin selaku ketua penasihat teknikal telah memberikan kata-kata aluan yang memuji semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan Vincera yang terus berusaha dengan gigih sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang. Majlis diteruskan dengan pertunjukan video sepanjang kerjasama yang dijalankan di antara SMK KGV dan UPM. Pengetua Sekolah Cemerlang, Tuan Haji Roslin Basir yang juga merupakan alumni UPM turut memberi ucapan bagi pihak SMK KGV. Antara yang menarik dalam ucapan beliau, anak yang cemerlang bermula dengan sikap yang baik dan terpuji. Dengan itu akan lahirkan kecemerlangan di dalam diri bersama bakat yang dimiliki.

Majlis dirasmikan oleh Dekan dengan ucapan ringkas dan lafaz bismillah sebelum penyampaian sijil penghargaan berlangsung. Seramai 5 orang pelajar dan seorang guru penasihat dari pasukan Vincera telah hadir untuk menerima sijil penghargaan dari  UPM iaitu Puan Gan Bin Hoon, adik Dinie Harees Norazlan, adik Goh Yen Theng, adik Selvi Hong dan adik Aliqa Azreena Amirudin. Adik Najwa Insyirah Mohd Yusoff tidak dapat hadir untuk majlis ini. Selain itu Dekan juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pasukan penasihat teknikal UPM atas usaha dan tunjukajar yang diberikan kepada SMK King George sejak tahun 2015 sehingga mereka memenangi kejayaan yang cemerlang pada tahun ini.

Sebagai tanda kenang kenangan, Prof. Madya Dr Zulkiflle Leman, Ketua Jabatan KMP telah menyampaikan cenderahati kepada pihak SMK King George V, Seremban. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar di depan mural utama Fakulti Kejuruteraan.

Tarikh Input: 11/09/2019 | Kemaskini: 12/09/2019 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
C1574116792