MAJLIS SYARAHAN INAUGURAL YBHG. PROF. IR. DR. MOHD KHAIROL ANUAR MOHD ARIFFIN DAN PERASMIAN MAKMAL GUNASAMA “UPM-NI EMBEDDED SYSTEMS ENGINEERING LABORATORY” FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » MAJLIS SYARAHAN INAUGURAL YBHG. PROF. IR. DR. MOHD KHAIROL ANUAR MOHD ARIFFIN DAN PERASMIAN MAKMAL GUNASAMA “UPM-NI EMBEDDED SYSTEMS ENGINEERING LABORATORY” FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MAJLIS SYARAHAN INAUGURAL YBHG. PROF. IR. DR. MOHD KHAIROL ANUAR MOHD ARIFFIN DAN PERASMIAN MAKMAL GUNASAMA “UPM-NI EMBEDDED SYSTEMS ENGINEERING LABORATORY” FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Serdang 9 Dis 2022 - Fakulti Kejuruteraan, UPM mengadakan Syarahan Inaugural yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd khairol Anuar Mohd Ariffin, Dekan Fakulti Kejuruteraan UPM, bertajuk "3D Printing: The Power of Desktop Manufacturing" bertempat Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia.

Majlis ini dilaksanakan secara hibrid, yang dipancarkan secara langsung melalui Facebook UPM dan Facebook Fakulti Kejuruteraan. Seramai lebih 300 orang hadir secara fizikal untuk mengimarahkan majlis gemilang ini. Syarahan Inaugural dipengerusikan oleh YH Dato’ Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Naib Canselor, UPM di iringini oleh Timbalan-timbalan Naib Canselor serta barisan Pegawai Kanan UPM.

Satu majlis perasmian makmal gunasama yang diberi nama Makmal Kejuruteraan Sistem Terbenam (Embedded Systems Engineering Laboratory), hasil kolaborasi di antara UPM dan NI Malaysia Sdn. Bhd. dilaksanakan bersempena Majlis Syarahan Inaugural berkenaan. Sesi perasmian ini disempurnakan oleh YH Dato’ Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Naib Canselor, UPM bersama En. Selvam Chinappan, Pengarah Urusan NI Malaysia Sdn. Bhd.

National Instruments atau ringkasannya NI adalah merupakan Syarikat Pengeluar “Automated Test Equipment” dan Virtual Instrumentation Software” yang berpengkalan di Amerika Syarikat. UPM dan NI Malaysia telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) pada 26 Mac 2021 untuk pelaksanaan kolaborasi dalam pengajaran dan penyelidikan sehingga terbentuknya makmal gunasama berkenaanmakmal ini dilengkapi dengan pelbagai perisian dan peralatan NI bernilai lebih rm370,000.00 yang ditaja oleh pihak NI melalui Projek Kolaborasi MoA yang dimenterai.


Link Gambar Perasmian Lab NI | https://photos.app.goo.gl/uiz7bxtCKZfxfE3W8


 
May be an image of 3 people, people standing and indoor
May be an image of 13 people, people standing and indoor
May be an image of 2 people and people standing
May be an image of 1 person, standing and text that says 'UPM FAKULTI KEJURUTERAAN RAAN Faculty of Engineering'
May be an image of 1 person, standing and indoor
May be an image of 3 people and people standing
May be an image of 5 people, people standing and suit
May be an image of 5 people, people standing, people sitting, headscarf and indoor




Tarikh Input: 13/12/2022 | Kemaskini: 13/12/2022 | ahmadadib

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXETMAO~