Pelaksanaan Bengkel Verifikasi Oven Dan Mikropipet 2022 Di Fakulti Kejuruteraan | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Pelaksanaan Bengkel Verifikasi Oven dan Mikropipet 2022 di Fakulti Kejuruteraan

Pelaksanaan Bengkel Verifikasi Oven dan Mikropipet 2022 di Fakulti Kejuruteraan

Oleh: Normalina Jamaluddin

 

Serdang, 28 September 2022 - Jawatankuasa Penyelenggaraan dan Kalibrasi Peralatan Penyelidikan (JKPKPP), Pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Kejuruteraan telah mengadakan Bengkel Verifikasi Oven Dan Mikropipet Bagi Keperluan Prosedur Tentuukur Dan Verifikasi Peralatan, Fakulti Kejuruteraan. Ini kerana pegawai yang bertanggungjawab di makmal didapati tidak kompeten  untuk menjalankan aktiviti tersebut sedangkan oven dan mikropipette tidak diluluskan untuk tentukuran luar.

 

Proses verifikasi adalah aktiviti yang dijalankan menggunakan standard atau alat yang ditentukur bagi memastikan alat memberikan julat bacaan yg berkeadaan baik. Proses verifikasi ini membantu  jangka hayat alat dan memastikan nilai yang diukur adalah tepat dan persis.

 

Keperluan peralatan untuk verifikasi mikropipet

 

Latihan verifikasi oven sedang dijalankan di makmal

 

Seramai 19 peserta yang terdiri daripada pegawai yang bertanggungjawab dengan makmal dan kimia dan ahli jawatankuasa terlibat dalam bengkel yang bertempat di Makmal Kesihatan Awam, Jabatan Kejuruteraan Awam ini. Pihak Fakulti Kejuruteraan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Norhaszalina Md. Isa daripada Institut Biosains kerana kesudian beliau untuk berkongsi ilmu dan kepakaran dalam bidang verifikasi oven dan mikropipet dengan pihak fakulti.

 

Peserta sedang mempelajari cara membaca mikropipet dengan penceramah, Puan Norhaszalina Md Isa (tudung kuning)

Bengkel dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu perkongsian ilmu, demo verifikasi dan pelaksanaan verifikasi yang dijalankan di makmal tersebut selama satu hari. Peserta diberi kesedaran tentang keperluan verifikasi dan mendapat ilmu cara verifikasi mengikut standard yang ditetapkan.

 

Peserta cuba memahami teknik membaca nilai  mikropipet seperti yang ditunjukkan oleh penceramah

 

Peserta sedang menimbang air suling yang disukat oleh mikropipet 

 

Akhir sekali adalah harapan jawatankuasa supaya objektif pelaksanaan Bengkel dapat dicapai iaitu Memahami kepentingan verifikasi oven dan micropipette, Mempelajari kaedah menjalankan verifikasi oven dan micropipette, Memastikan pegawai di makmal mempunyai kompetensi untuk menjalankan verifikasi oven dan micropipette mengikut keperluan MS  ISO 9001:2015 dan memastikan oven dan micropipette di makmal diverifikasi.

 

 

Peserta bergambar dengan penceramah di akhir bengkel

Tarikh Input: 29/09/2022 | Kemaskini: 05/10/2022 | norliyana_karim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdOAD~