PENGANJURAN MAJLIS PELANCARAN & TAKLIMAT PENGENALAN EKSA SERTA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI, FAKULTI KEJURUTERAAN UPM 2022- 30 MEI 2O22 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » PENGANJURAN MAJLIS PELANCARAN & TAKLIMAT PENGENALAN EKSA SERTA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI, FAKULTI KEJURUTERAAN UPM 2022- 30 MEI 2O22

PENGANJURAN MAJLIS PELANCARAN & TAKLIMAT PENGENALAN EKSA SERTA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI, FAKULTI KEJURUTERAAN UPM 2022- 30 MEI 2O22

Dua (2) program di Fakulti Kejuruteraan (FK) UPM direalisasikan dengan jayanya bersempena Sambutan Hari Raya serentak di seluruh UPM pada 30 Mei 2022 seperti berikut:

1. Taklimat Pengenalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan Majlis Pelancaran EKSA FK
2. Sambutan Hari Raya FK yang melibatkan 9 buah gerai merentasi 8 Jabatan dan 1 Bahagian /Pejabat dengan pelbagai menu, pelbagai tema serta pelbagai pertandingan termasuk cabutan bertuah.

Setinggi Tahniah kepada pemenang Hadiah yang dipertandingkan seperti berikut:

a) Hadiah Gerai Terbaik
Tempat Pertama : Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Menu: Laksa JDT & Mee Karen)
Tempat Kedua : Kumpulan Gabungan A.S.I.D (Tema : Masjid Al -Aqsa Palestine, Menu: Nasi Impit, Sambal Sotong, Masak Lodeh & Kuah Kacang)
Tempat Ketiga: Jabatan Kejuruteraan Awam ( Tema: Nostalgia Raya KAW, Menu : Rendang Ayam ABAH KAW)
Saguhati :
- Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa (Menu: Rendang Daging Angkasa)
- Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar (Menu: Rojak Mee & Buahan Tempatan)
- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (Menu: Aiskrim & Apam Balik)
- Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer & Komunikasi (Menu: Cendol)
- Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian (Menu: Kuih Muih & Kek)
- Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan (Menu: Lemang Buluh Perindu)
b) Hadiah Jabatan/ Kumpulan Gabungan Paling Ceria
Pemenang : Kumpulan Gabungan A.S.I.D (Tema : Masjid Al -Aqsa Palestine, Menu: Nasi Impit, Sambal Sotong, Masak Lodeh & Kuah Kacang)
c) Hadiah Pakaian Tercantik (Lelaki): En.Azry Tamber (KAW)
d) Hadiah Pakaian Tercantik (Wanita) : Pn. Aishah Haron (Mantan Staf TDPI)

Setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada Penceramah Jemputan, AJK, Kelab Sukan & Sosial Fakulti Kejuruteraan (KSSFK), Ahli Jemputan yang hadir dan semua ahli yang terlibat dalam menjayakan kedua-dua program berkenaan.

Fakulti Kejuruteraan juga berbesar hati menerima kunjungan raya dari YH Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

Sekian, Terima Kasih.











Tarikh Input: 07/06/2022 | Kemaskini: 07/06/2022 | ahmadadib

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXETPAc~