Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan Bantu Sekolah Angkat Wakil Malaysia | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Bantu Sekolah Angkat Wakil Malaysia

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Bantu Sekolah Angkat Wakil Malaysia

 

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia telah melibatkan diri dengan Projek sekolah angkat. Melalui projek ini, pensyarah jabatan bertindak sebagai penasihat dan menyokong penuh aktiviti sekolah angkat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban, Negeri Sembilan dalam pertandingan 4X4 in schools Malaysia. Paling membanggakan, sekolah ini telah diangkat sebagai johan semasa pertandingan di peringkat kebangsaan bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 30 September, 2018. Sekolah ini bakal mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa. Sesungguhnya Fakulti Kejuruteraan begitu berbangga dengan tenaga yang disumbangkan kepada komuniti oleh Dr. Abdul Aziz Hairuddin, Dr. Khairil Anas Md. Rezali, Dr. Azizan As’arry, Dr. Che Nor Aiza Jaafar dan Dr Eris Elianddy Supeni. Ini adalah bertepatan dengan dengan moto universiti iaitu BERILMU BERBAKTI.

https://www.facebook.com/4x4inschoolsmalaysia/photos/a.1028789583823540/1906911479344675/?type=3&theater

 

 

Tarikh Input: 01/10/2018 | Kemaskini: 01/10/2018 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXERFAU~