Penyelidik Universiti Putra Malaysia Menang Emas Di Malaysia Technology Expo 2020 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Penyelidik Universiti Putra Malaysia Menang Emas di Malaysia Technology Expo 2020

Penyelidik Universiti Putra Malaysia Menang Emas di Malaysia Technology Expo 2020

Sijil dan pingat Emas yang dimenangi oleh Prof. Ir. Dr. Sapuan Salit dan kumpulan penyelidik. Dr. Alaaeddin M. H. Abed mewakili Prof. Ir. Dr. Sapuan Salit dan kumpulan penyelidik di MTE 2020
Sijil dan pingat Perak  yang dimenangi oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Haji Hameed Sultan dan kumpulan penyelidik. Sijil dan pingat Gangsa  yang dimenangi oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Haji Hameed Sultan dan kumpulan penyelidik

Sabtu, 22 Februari 2020; Ekspo Teknologi ke-19 Malaysia, MTE 2020, merupakan pameran sehenti dari R & D dan teknologi terkini, penemuan dan inovasi, reka bentuk dan idea. Ia adalah ruang di mana penyertaan pencipta  untuk mendapatkan pendedahan dan diberi banyak peluang pasaran untuk mengkomersilkan, dengan akses kepada pelabur.

Setiap tahun, pencipta dari universiti, institusi penyelidikan dan sektor korporat dari seluruh Asia, Eropah dan kawasan-kawasan lain datang bersama-sama untuk membentangkan kerja yang mereka telah hasilkan bagi tahun sebelumnya. MTE bertindak sebagai titik pertemuan yang sempurna untuk organisasi perniagaan dan penyelidikan untuk mempamerkan ciptaan terbaru mereka dan mengemaskini perkembangan pesaing dalam pelbagai industri.

Penyelidik dari Universiti Putra Malaysia yang terdiri daripada  Dr. Alaaeddin M. H. Abed, prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit, Dr. Mohd Zuhri Mohamed Yusoff,  Prof. Madya Dr. Edi Syams Zainuddin dan Pembantu Professor Dr Faris M. Al Oqla  telah memenangi anugerah emas di Malaysia Technology Expo 2020 yang berlangsung dari 20 hingga 22 Februari 2020 di PWTC, Kuala Lumpur. Inovasi bertajuk Development Of Thermally Stabel Polycrystalline Photovoltaic Module Based Novel Biocomposite Materials menang dalam kategori Protection of Environment, Energy, Water Wastewater, Sanitation & Green Technology.

Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Haji Hameed Sultan dengan sekumpulan penyelidik yang terdiri daripada Muhammad Imran Najeeb, Prof. Dr. Dr. Yusri Yusof, Dr. Ahmad Hamdan Ariffin, Ts. Mohd Edyazuan Azni, Dr. Syafiqah Nur Azrie Safri dan Dr. Ain Umaira Md Shah memenangi anugerah perak dengan inovasi bertajuk Innovative Pineapple Leaves Fiber Extraction Blade for Fiber Extraction Machine. Anugerah ini dimenangi di bawah kategori Machinery, Equipment and Tools (Heavy Equipments, Industrial Machinery).

Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Haji Hameed Sultan bersama kumpulan penyelidik yang terdiri daripada  Ts. Mohd Edyazuan Azni, Dr. Adi Azriff basri, William Robert Alvisse, Muahmaad Imran najeeb, Dr. Syeeed Saifulazry Osman Al Edrus, Mohd Lufti Mohd Tawil, Dr. Syafiqah Nur Azrie Safri dan Dr. Ain Umaira Md Shah dan Mohd Hafizie Manaf memenangi anugerah gangsa dengan inovasi bertajuk Putra UAV: Novel Bio-Degradeable Natural Fiber Composite Material. Anugerah ini dimenangi di bawah kategori Aviation and Transportation.

Fakulti Kejuruteraan mengucapkan sekalung tahniah kepada pemenang dan terus maju jaya!

 

 

 

 

Tarikh Input: 24/02/2020 | Kemaskini: 25/02/2020 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXESKA4~