Penyelidik UPM Juara Pertandingan R&D, Ekspo Penyelidikan,Pembangunan & Inovasi 2019 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Penyelidik UPM Juara Pertandingan R&D, Ekspo Penyelidikan,Pembangunan & Inovasi 2019

Penyelidik UPM Juara Pertandingan R&D, Ekspo Penyelidikan,Pembangunan & Inovasi 2019

 

Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan(tengah) dengan kumpulan penyelidik dari UPM dan UTHM.bin kumpulan penyelidik dari UPM dan UTHM              
              Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan(tengah) dengan                       
                 kumpulan penyelidik dari UPM dan UTHM.                                                                                         


Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin  Haji Hameed Sultan dengan hadiah kemenangan   

 

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2019-Ekspo Penyelidikan,Pembangunan & Inovasi 2019 telah diadakan pada 10 - 13 Oktober 2019 di MITEC, Kuala Lumpur. 

 

Antara aktiviti yang diadakan adalah Pertandingan R & D, Pertandingan Pitching,Pameran R & D dan Inovasi,  Seminar Pengurusan Harta Intelek, Bengkel Pendidikan dan Industri dan Town Hall Bersama Industri & Institut Penyelidikan. UPM mengambil peluang ini untuk sama menjayakan ekspo ini dengan menyertai Pertandingan R&D.

 

UPM diwakilkan oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan selaku Ketua Projek dan di bantu oleh Muhammad Imran Najeeb dan Dr. Adi  Azriff Basri dari Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM telah menjadi johan bagi kategori Universiti /Kolej dalam kluster mesin dan peralatan. Mereka telah berjaya memperoleh wang tunai sebanyak RM10,000.00 dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh YAB TUAN AMIRUDIN BIN SHARI, Menteri Besar Selangor.

 

Kejayaan ini adalah hasil kerjasama antara kumpulan penyelidik dari UTHM yang diketuai oleh Prof. Dr. Yusri bin Yusof dan Malaysia Unmanned Drones Activist Society (MUDAS) yang diketuai Mohamad Noor Bin AB Rahim dan Mr. William Robert Alvisse. Ucapan terima kasih juga kepada Ahli Majlis Daerah Kuala Langat, Encik Irwan dan En Razali yang telah bekerjasama dengan pihak universiti dalam projek komuniti dari mula sehingga sekarang.

 

Fakulti kejuruteraan sangat berbangga dengan pencapaian penyelidik UPM dan menggalakkan semua penyelidik terus mencapai kejayaan untuk meletakkan UPM di landasan bereputasi antarabangsa. Syabas.

 

Tarikh Input: 15/10/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXETHA3~