Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit Memenangi Anugerah Outstanding Technical Paper Award Based On Published Paper Journal 2016 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit memenangi anugerah Outstanding Technical Paper Award Based on Published Paper Journal 2016

Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit memenangi anugerah Outstanding Technical Paper Award Based on Published Paper Journal 2016

 Prof Ir. Dr. Sapuan Salit dengan anugerah yang dimenanginya.

13 Julai 2017, Kuala Lumpur- Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit, Professor di  Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, UPM telah memenangi anugerah Outstanding Technical Paper Award Based on Published Paper Journal 2016 daripada Society of Automotive Engineers Malaysia (SAE). Beliau diberikan anugerah tersebut atas penulisan kertas kerja bertajuk “Implementation of the Expert Decision System for Environmental Assessment on Composite materials Selection for Automotive Components”.

Anugerah tersebut telah disampaikan kepada beliau   di hari terakhir 2nd International Conference on Sustainable Mobility (ICSM2017) yang berlangsung dari 12-13 Julai 2017 di Anjung Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

UPM mengucapkan sekalung tahniah atas kejayaan demi kejayaan yang dirangkul oleh Prof. ir. Dr. Mohd Sapuan Salit. Sesungguhnya beliau merupakan inspirasi kejayaan yang membanggakan warga Fakulti Kejuruteraan dan Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 13/07/2017 | Kemaskini: 13/07/2017 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXESPAj~