Workshop On Route To Certified Technician Anjuran Bersama Kejuruteraan Aeroangkasa Dan MySet | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Workshop on Route To Certified Technician Anjuran Bersama Kejuruteraan Aeroangkasa dan MySet

Workshop on Route To Certified Technician Anjuran Bersama Kejuruteraan Aeroangkasa dan MySet

Ketiga dari kiri, Ts. Ricky Liew bersama peserta.
 

Serdang, 21 Ogos 2019- Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa UPM dengan kerjasama MySET telah menganjurkan satu seminar  Workshop on Route to Certified Technician. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Seminar Aras 2 berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 9:00 pagi. Penceramah Jemputan adalah  Ts. Ricky Liew. Penceramah merupakan Profesor Adjung di jabatan. Beliau merupakan Ketua Kejuruteraan SR Aviation Sdn Bhd dalam bidang Aircraft Engineering and Equipment Systems Design and Industry Solutions, Malaysia Aero Industry 4.0 and Maintenance, Repair and Overhaul (MRO) 4.0, Engineering Management Competency Development.

Peserta yang hadir merupakan Pegawai Teknikal Fakulti Kejuruteraan.  Seminar ini adalah khusus untuk penolong jurutera menuju ke arah pengembangan kerjaya sebagai Teknikal Profesional.

Melalui seminar ini, penceramah akan membimbing peserta utuk mendapat gelaran juruteknik profesional yang diiktiraf MBOT/BEM) melalui pendaftaran penolong Jurutera dalam talian. Semoga dengan usaha ini, Penolong Jurutera di Fakulti mempunyai kelayakan professional yang selayaknya dan membantu Fakulti Kejuruteraan untuk lebih berdaya saing dengan universiti lain.

Tarikh Input: 21/08/2019 | Kemaskini: 21/08/2019 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEUGAR~