Ucapan Timbalan Dekan Akademik | FAKULTI KEJURUTERAAN
» INFO - PELAJAR BAHARU » Ucapan Alu-aluan » Ucapan Timbalan Dekan Akademik

Ucapan Timbalan Dekan Akademik

Profesor Ir. Dr. Wan Azlina bt. Wan Abdul Karim Ghani
Timbalan Dekan (Akademik)
Tel: 03-9769 6272
Faks: 03-9679 4499
E-mel: eng.btda@upm.edu.my

 

Kata Alu-Aluan Timbalan Dekan (Akademik)

Terlebih dahulu diucapkan selamat datang kepada mahasiswa dan mahasiswi baharu ke Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Kami di Bahagian Akademik, Fakulti Kejuruteraan ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda melangkahkan kaki ke gerbang ilmu bagi memenuhi impian diri dan keluarga tercinta.

Di Fakulti Kejuruteraan, kami beriltizam kepada kecemerlangan dalam pendidikan bagi melahirkan individu pemikir yang berilmu, kreatif, berdisiplin dan dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan di samping berkhidmat kepada masyarakat dan negara menerusi penyelidikan dan khidmat profesional serta kemasyarakatan. Pencapaian sebenar anda sebagai pelajar bukan sahaja akan diukur menerusi kecemerlangan akademik, bahkan juga pencapaian Generic Student Attribute (GSA) yang dihasratkan oleh pihak universiti. Di sini anda harus mempertingkatkan kemahiran diri dalam komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kerja berpasukan, moral dan etika profesional, keusahawanan, kepimpinan dan pembelajaran berterusan. 

Sebagai mahasiswa anda dianggap telah matang serta bertanggungjawab, justeru itu gunakanlah peluang berada di kampus ini sepenuhnya dalam usaha membina dan membentuk sahsiah diri. Serlahkanlah potensi diri anda dan kecapilah kejayaan dengan lebih bermakna. Insha Allah, semoga pendidikan formal dan tidak formal yang diperolehi akan menjadikan anda insan yang lebih cemerlang lagi produktif serta dapat menyumbang ke arah kemajuan agama, bangsa dan negara sejajar dengan moto UPM, iaitu “BERILMU BERBAKTI”.

Sekian, terima kasih.

Rakaman :

 

Kemaskini:: 11/10/2021

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdXAQ~