“ARDUINO HANDS ON WORKSHOP: FROM ZERO TO HERO! PERINGKAT SEKOLAH”
7 April 2016
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Selangor
IEEE SB Universiti Putra Malaysia, Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, UPM dan IEEE Circuit & System Society (CASS) Malaysia Chapter telah berjaya menjalankan Bengkel Arduino untuk pelajar sekolah baru-baru ini. Bengkel ini telah disertai oleh 3 tenaga pengajar dan 19 fasilitator dari Universiti Putra Malaysia; dan 40 pelajar sekolah menengah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Selangor. Pada mulanya, para pelajar telah diperkenalkan kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Kejuruteraan, UPM oleh Prof. Dr. Wan Zuha Wan Hasan, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik manakala Institut Electric & Electronics Engineers (IEEE) dan Circuits & Systems Society (CASS) telah diperkenalkan oleh Dr Haslina Jaafar. Kesimpulannya, bengkel ini telah berjaya menyediakan platform untuk pelajar-pelajar sekolah untuk belajar dan menggunakan teknologi microcontroller selain terdedah kepada bidang Kejuruteraan elektrik dan elektronik.
![]() |
![]() |
PROGRAM KECEMERLANGAN TEKNOLOGI SMK KING GEORGE V – UPM
13 April 2017
Galeri 2, Fakulti Kejuruteraan
Program Kecemerlangan Teknologi SMK King George V – UPM 2016 telah diadakan pada 13 April 2017. Seramai 38 orang pelajar dan 8 orang guru yang terlibat. Program ini memberi pendedahan teknologi sebenar dalam bidang berkaitan. Menanamkan sifat ingin tahu dan sentiasa mencari penyelesaian masalah kehidupan berasaskan perkembangan teknologi.
Memperkasa pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi yang berkaitan serta memberi pendedahan gaya hidup siswa bidang kejuruteraan terutamanya di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Updated:: 24/07/2017
Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.