Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) Di Fakulti Kejuruteraan UPM Bagi Tahun 2024 | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) Di Fakulti Kejuruteraan UPM bagi tahun 2024

Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) Di Fakulti Kejuruteraan UPM bagi tahun 2024

SERDANG, 16 Oktober – Fakulti Kejuruteraan (FK) telah mengadakan Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) dengan kerjasama Unit Bantu Mula (UBM), UPM dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) di Bangunan Akademik, Fasa 2B FK. Tujuan pelaksanaan latihan adalah untuk memantapkan latihan Pasukan Tindakan Kecemasan atau Emergency Response Team (ERT) sebagai first responder serta melatih staf dan pengguna Fakulti Kejuruteraan dalam mematuhi arahan semasa menghadapi sebarang kes kecemasan.

Latihan dimulakan sejurus sahaja loceng kecemasan dibunyikan oleh Pasukan ERT FK apabila asap kebakaran dikesan. Sebanyak tiga situasi kecemasan yang berlaku iaitu insiden kebakaran dan seorang mangsa yang pengsan terhidu asap kebakaran tersebut di tingkat 3 (sayap kanan) serta seorang mangsa terseliuh kaki di tingkat yang sama (sayap kiri). Pasukan ERT FK bertindak dengan kadar segera dalam melakukan operasi pengungsian bangunan, menyelamatkan dan memberikan rawatan awal kepada mangsa insiden.

Kejadian yang bermula pada 9.16 pagi telah berjaya ditamatkan (waktu pengungsian selesai) pada 9.22 pagi. Pihak UBM telah tiba pada 9.29 pagi manakala PKU tiba pada 9.30 pagi untuk melaksanakan operasi pemadaman punca kebakaran dan pemberian rawatan lanjutan kepada kedua-dua mangsa. Sebanyak 264 orang penghuni berjaya dikeluarkan dan dikumpulkan di dua tempat berkumpul iaitu AP7 dan AP8.

Latihan juga disusuli dengan rumusan latihan daripada Prof. Madya Dr. Samsul Bahari mohd. Noor serta sesi taklimat mengenai hasil latihan kebakaran oleh Encik Hasmi Sulaiman, Pegawai UBM. Pihak UBM memuji tindakan pantas Anggota Pasukan ERT dalam menguruskan latihan kebakaran dan berharap agar tindakan pasukan dapat ditambah baik dalam latihan akan datang. Tahniah buat Pasukan ERT FK!

Semua staf dan pengguna Bangunan Akademik, Fakulti Kejuruteraan berkumpul di Assembly Point 7 & Assembly Point 8 semasa latihan pengungsian bangunan (Fire Drill) dijalankan

 

Mangsa yang cedera sedang diberi rawatan awal oleh First Aider Pasukan ERT FK

 

Anggota Unit Bantu Mula (UBM) UPM melaksanakan persiapan bagi operasi pemadaman api 

 

Taklimat dan rumusan latihan oleh Encik Hasmi Sulaiman dari Unit Bantu Mula kepada Pasukan ERT FK selepas latihan diadakan

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan ERT FK atas pelaksanaan latihan pengungsian bangunan bagi tahun 2024.

Date of Input: 29/11/2024 | Updated: 05/12/2024 | puteriamirah

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694098
0397694488
W, (10:27:12pm-10:32:12pm, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]