LAWATAN PENANDA ARAS AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) OLEH DELEGASI DARI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (BHEP), PEJABAT TNC (HEPA) DAN IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (IPKKM) KE FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » LAWATAN PENANDA ARAS AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) OLEH DELEGASI DARI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (BHEP), PEJABAT TNC (HEPA) DAN IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (IPKKM) KE FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

LAWATAN PENANDA ARAS AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) OLEH DELEGASI DARI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (BHEP), PEJABAT TNC (HEPA) DAN IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (IPKKM) KE FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SERDANG- Fakulti Kejuruteraan telah menerima Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari dua (2) delegasi iaitu Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Pejabat TNC (HEPA), UPM seramai 25 orang pada 12 September 2022 dan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM) seramai 30 orang pada 13 September 2022.

Lawatan yang bermula pada jam 11.00 pagi hingga hingga 1.00 tengah hari itu disambut oleh Dekan, Ahli Pengurusan Fakulti dan juga AJK Pelaksana EKSA Fakulti. Lawatan dimulakan dengan Taklimat Pelaksanaan EKSA di Fakulti Kejuruteraan oleh Puan Lailawati Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA Fakulti dan diteruskan dengan Sesi Lawatan EKSA ke beberapa lokasi di Fakulti Kejuruteraan.

Objektif lawatan penanda aras ini dibuat adalah untuk berkongsi pengetahuan berkenaan dengan amalan EKSA serta memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih jelas kepada para delegasi dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Pusat Jaminan Kualiti (CQA) UPM telah memilih Fakulti Kejuruteraan sebagai lokasi lawatan dan tempat rujukan oleh organisasi dalam dan luar UPM memandangkan Fakulti Kejuruteraan adalah antara PTJ terawal yang melaksanakan amalan EKSA di UPM. Dengan penganjuran lawatan ini, dapat memberi peluang kepada para delegasi bagi melihat perlaksanaan EKSA yang telah dilakukan di Fakulti Kejuruteraan.

Semoga lawatan penanda aras ini berjaya memberikan manfaat dan semangat dalam usaha memantapkan pengamalan dan pembudayaan EKSA dan seterusnya mewujudkan persekitaran yang kondusif dan harmoni di organisasi masing-masing.













Date of Input: 26/09/2022 | Updated: 27/09/2022 | ahmadadib

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEULAG~