Fakulti Kejuruteraan UPM, 29 November 2024 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Graduan Sesi 2023/2024 merupakan acara tahunan yang diadakan setiap tahun untuk meraikan serta memberi pengiktirafan kepada para pelajar di fakulti yang menunjukkan kecemerlangan didalam bidang akademik, kepimpinan dan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti selain akademik.Majlis ini dikendalikan oleh Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni),Fakulti Kejuruteraan dengan penglibatan lebih 200 orang tetamu, termasuk ibu bapa, parapenerima anugerah, penaja, urusetia majlis, ahli PEMAJU dan ahli pengurusan fakulti. Pada tahun ini seramai 32 dan seramai 40 penerima anugerah. Penajaan ini melibatkan 40 hadiah iaitu empat (4) hadiah fakulti dan 36 hadiah jabatan.
Majlis pada petang tersebut dimulakan dengan taklimat kepada para penaja di Bilik Sidang Jurutera yang disampaikan oleh Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni merangkap Pengarah Program serta ucapan aluan dari Profesor Ir. Dr. Raizal Saifulnaz Muhammad Rashid TimbalanDekan Akademik (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Sesi bergambar juga berlangsung, sebelum perarakan masuk ke auditorium yang melibatkan semua penaja dan ahli pengurusan. Majlis rasmi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Putra Gemilang. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan uacapan alu-aluan oleh Profesor Ir Dr Mohd Zainal Abidin Ab. Kadir, Dekan Fakulti Kejuruteraan. Beliau memberi ucapan penghargaan kepada para penaja yang sudi memberi tajaan kepada penerima anugerah serta ucapan tahniah kepada penerima anugerah dan ibu bapa yang turut hadir pada petang tersebut. Sebelum pengumuman penerima anugerah, para hadirin disajikan dengan sebuah persembahan saksofon oleh Yap KinJun. Persembahan tersebut memukau semua hadirin di dalam auditorium.
Penyampaian anugerah dimulakan dengan penyampaian kepada pemenang bagi JabatanAeroangkasa diikuti oleh jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Sekali lagi para hadirin didendangkan dengan lagu “Sesaat Kau Hadir” di mana dengan persembahan tersebut dinyanyikan oleh Ts.Dr Mohd Zuhair Mohd Nor. Penyampaian hadiah diteruskan lagi bagi jabatan Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, diikuti oleh Jabatan Kejuruteraan SistemKomputer dan Komunikasi, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan dan pemenang bagi di bawah tajaan Koperasi UniversitiPutra Malaysia (KUPUTRA). Salah satu detik yang paling dinantikan pada petang tersebut ialah penyampaian bagi Hadiah Graduan Kejuruteraan Keseluruhan Terbaik BEM yang diterima oleh saudara Ahmad Nubli bin Zainal Abidin. Beliau juga merupakan mantan presiden PEMAJU sesi2022/2023.
Setelah selesai penyampaian hadiah kepada para pemenang, majlis diteruskan lagi denganucapan wakil penerima anugerah yang disampaikan oleh saudara Ahmad Nubli Zainal Abidin. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak fakulti dan memberi peluang kepada beliau untuk menerima anugerah ini. Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepadasemua pihak yang banyak memberi semangat dan tunjuk ajar sepanjang pengajian beliau iaitu ibu bapa, keluarga, pensyarah, staf-staf fakulti dan juga rakan-rakan seperjuangan sepanjang 4 tahun berada di UPM. Majlis pertang tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penaja dan sesi bergambar. Sebelum bersurai, para hadirin dan tetamu disajikan dengan jamuan ringkas yang disediakan di Foyer, Fakulti Kejuruteraan. Acara tersebut berjaya dengan cemerlang dan jayanya serta memberi inspirasi dan motivasi kepada semua pelajar fakulti dan pemenang untuk terus mengejar kecemerlangan pada masa akan datang.












Date of Input: 12/12/2024 | Updated: 12/12/2024 | puteriamirah

Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.
Undergraduate: 03 9769 6272/6275
Postgraduate: 03 9769 6266/4430