Serdang, 28 Januari 2025 - Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Program (JKPP) bagi sepuluh (10), Program Master Secara Kerja Kursus (MSKK). Mesyuarat ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.
Mesyuarat ini diadakan secara hibrid, iaitu dalam dua versi, fizikal dan dalam talian, bagi memastikan penyertaan yang lebih meluas serta memberi kemudahan kepada semua ahli yang terlibat. Mesyuarat ini dihadiri oleh seramai enam puluh (60) ahli Jawatankuasa Penasihat Program (JKPP) yang telah dilantik secara rasmi. Ahli-ahli JKPP ini terdiri daripada pakar-pakar yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dan latar belakang, termasuk wakil daripada industri, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, serta alumni program MSKK tersebut. Setiap ahli memainkan peranan yang signifikan dalam memberikan pandangan dan input yang bernilai bagi memastikan program MSKK di Fakulti Kejuruteraan UPM terus berkembang dengan baik dan relevan dengan keperluan semasa. Dengan sumbangan dan kepakaran mereka, mesyuarat ini menjadi platform penting untuk membincangkan hala tuju serta strategi terbaik dalam memperkasa program akademik agar sejajar dengan kehendak industri dan cabaran global yang semakin berkembang.
Sepuluh (10) Program Master Secara Kerja Kursus (MSKK) yang terlibat adalah:







Date of Input: 05/02/2025 | Updated: 05/02/2025 | puteriamirah

Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.
Undergraduate: 03 9769 6272/6275
Postgraduate: 03 9769 6266/4430