Penyelidik UPM Hasilkan 700 Produk Sanitasi Tangani Covid-19 | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » Penyelidik UPM hasilkan 700 produk sanitasi tangani Covid-19

Penyelidik UPM hasilkan 700 produk sanitasi tangani Covid-19

Serdang - Sekumpulan penyelidik Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif menghasilkan produk pensanitasi tangan untuk mencegah penyebaran virus Covid-19 dengan menggunakan formulasi gel lidah buaya. Menurut Ketua Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Prof Madya Dr. Mohd Razif Harun, proses penghasilan produk pensanitasi tangan ini tercetus berikutan isu semasa yang melanda negara dan ia sangat sukar diperoleh di pasaran.

Beliau berkata kumpulan yang terlibat menghasilkan produk itu terdiri daripada pensyarah, pegawai penyelidik, pegawai eksekutif dan penolong Jurutera dari Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan iaitu Profesor Madya Dr. Norhafizah Abdullah, Dr. Dayang Radiah Awang Biak, Dr. Mohd Yusof Harun, Shafizah Masuri, Nurhazirah Ismail, Norhasliza Hasan, Adli Nazri Mohd Kassim, Maslinda Abdullah dan Norisham Abdul Wahab.

“Selain gel lidah buaya, produk itu menggunakan air ternyah ion, alcohol ternyah asli dan minyak pati semula jadi seperti minyak pati lavender, lemon, campuran pati minyak semulajadi, peppermint dan minyak kayu (tea tree). Minyak tersebut ditambah di dalam campuran ini kerana berpotensi melawan bakteria dan kuman serta menghalang jangkitan.” Tambah beliau, “Produk ini bukan untuk dijual tetapi digunakan untuk kegunaan dalaman kampus seperti lokasi tumpuan sekitar fakulti kejuruteraan terutamanya di kaunter pejabat dan lif sebagai langkah pencegahan awal kepada warga fakulti."

Terdapat juga permintaan dalaman untuk produk ini yang bukan untuk tujuan pengkomersialan daripada Persatuan Pentadbir UPM (PPUPM), Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPAUPM) dan staf UPM terhadap produk ini. Pengeluaran produk ini adalah terhad kerana hanya menggunakan fasiliti yang sedia ada. Beliau berkata jumlah pengeluaran adalah berdasarkan permintaan dan kesediaan bahan mentah. Setakat 17 Mac 2020, sebanyak 703 botol untuk kandungan 30ml dan 50 botol bagi kandungan 300ml telah disiapkan.  

Berita mengenai ini turut telah disiarkan oleh Sinar Harian di bawah pautan; https://www.sinarharian.com.my/article/76808/KHAS/Koronavirus/Penyelidik-UPM-hasikan-700-produk-sanitasi-tangani-Covid-19

 

Date of Input: 01/04/2020 | Updated: 01/04/2020 | noraihan

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDTTAJ~