SERDANG, 2 Julai - Syukur Alhamdulillah Fakulti Kejuruteraan telah selesai menjalani sesi Penilaian Peringkat Kedua EKSA bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja bersempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM Tahun 2023/2024.
Penilaian EKSA kali ini telah dilaksanakan pada 2 Julai 2024 oleh Panel Penilai iaitu Puan Zaidina Mohd Daud (Pegawai Sains, Fakulti Sains), Puan Marziati Md Din (Pegawai Kewangan, Bahagian Audit Dalam) dan Ts. Rosliza Ibrahim (Pegawai Teknologi Maklumat, iDEC).
Program Penilaian Audit Kendiri ini dimulakan dengan Pembentangan Taklimat Pelaksanaan EKSA di Fakulti Kejuruteraan oleh Puan Lailawati Bakar selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA FK pada jam 9.00 pagi dan diteruskan dengan Sesi Audit EKSA pada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang ke beberapa lokasi di Fakulti Kejuruteraan. Penilaian kali ini turut dilaksanakan secara menyeluruh termasuk kawasan makmal sebagaimana pelaksanaan penilaian pertama pada 30 Januari lepas bagi menyahut seruan pembudayaan EKSA di seluruh lokasi PTJ. Tujuan Program Penilaian Audit Kendiri itu adalah sebagai penilaian kedua dan terakhir bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja bersempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2023/2024.
Setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada Panel Penilai, pihak Pengurusan Fakulti Kejuruteraan, Jawatankuasa Pelaksana EKSA Fakulti dan warga Fakulti atas komitmen padu, jasa bakti dan sumbangan yang tiada tandingan. Semoga amalan pembudayaan EKSA di Fakulti Kejuruteraan dilaksanakan secara berterusan dan bukan hanya berfokuskan kepada penilaian serta kemenangan semata-mata.

Date of Input: 10/07/2024 | Updated: 10/07/2024 | puteriamirah

Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.
Undergraduate: 03 9769 6272/6275
Postgraduate: 03 9769 6266/4430