Tahniah Fakulti Kejuruteraan Atas Kemenangan Dalam Pertandingan Sempena Program Semarak Merdeka UPM 2024 | FACULTY OF ENGINEERING eng
» NEWS » Tahniah Fakulti Kejuruteraan Atas Kemenangan Dalam Pertandingan Sempena Program Semarak Merdeka UPM 2024

Tahniah Fakulti Kejuruteraan Atas Kemenangan Dalam Pertandingan Sempena Program Semarak Merdeka UPM 2024

  
 
Serdang, 22 Ogos – Setinggi tahniah diucapkan kepada Fakulti Kejuruteraan (FK) atas kejayaan memenangi tempat ketujuh bersama hadiah berjumlah RM150.00 dalam Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ dan tempat keempat daripada 21 penyertaan bersama hadiah berjumlah RM300.00 dalam Pertandingan Koir Merdeka Inter-PTJ bersempena Program Semarak Merdeka UPM 2024.
 
Pengisian bagi Program Semarak Merdeka UPM 2024 anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM sepanjang bulan Ogos bersempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2024 adalah Pertandingan Koir Merdeka Inter-PTJ, Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Inter-PTJ dan Inter-Kolej serta Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ. Ketiga-tiga pertandingan telah disertai oleh ahli Fakulti Kejuruteraan yang diterajui oleh Unit Kecemerlangan Pembangunan (Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ), Simfoni Sutera (Pertandingan Koir Merdeka Inter-PTJ) dan Cik Nurul Hajar Saleh (Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Inter-PTJ dan Inter-Kolej).
 
Majlis Penyampaian Hadiah dan Anugerah Pertandingan sempena program Semarak Merdeka UPM 2024 ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM dan YBrs. Encik Mahbob Yusof, Ketua Pustakawan UPM pada 22 Ogos 2024 bertempat di Panggung Percubaan, PKKSSAAS UPM.
 
Antara pengisian semasa penilaian Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ pada 14 Ogos 2024 lepas adalah persembahan pentomin bertajuk DAULAT: KAMU PEJUANG SEBENAR (diinspirasikan daripada Kisah Benar Tragedi Lahad Datu) oleh Gimmick Creative Production serta penerangan Sudut Replika Tokoh Pejuang Negara. Pertandingan Koir Merdeka Inter-PTJ pula telah berlangsung pada 21 Ogos 2024 di mana pasukan koir FK iaitu “Simfoni Sutera” telah mempersembahkan lagu bertajuk “Warisan” dendangan Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad.
 
Tahniah sekali lagi diucapkan buat Fakulti Kejuruteraan dan semua pasukan yang terlibat atas semangat dan usaha menyemarakkan serta memupuk semangat patriotik dalam kalangan warga kampus UPM dan masyarakat sekitar UPM.

Date of Input: 27/08/2024 | Updated: 27/08/2024 | puteriamirah

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694098
0397694488
X, (01:22:30pm-01:27:30pm, 09 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]