Tahniah diucapkan kepada Fakulti Kejuruteraan atas kemenangan yang diraih di tempat ketiga bagi Penyertaan Tertinggi Karnival Keterjaminan Makanan 2024 (Kategori Fakulti) yang dilaksanakan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia pada 7 Jun 2024 (Jumaat) lepas. Karnival ini merupakan salah satu usaha universiti bagi merealisasikan agenda pertanian dan sekuriti makanan negara sejajar dengan hasrat negara untuk menangani isu tersebut.
Bagi penyertaan ini, Fakulti Kejuruteraan telah berjaya meraih hadiah berbentuk geran aktiviti pelajar bernilai RM 1,000.00 yang telah disampaikan oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah. Fakulti Kejuruteraan telah diwakili oleh Prof. Ir. Dr. Yus Aniza Yusof, pegawai akademik dari Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan yang turut memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah, Institut Penyelidikan Produk Halal UPM.
Semoga kejayaan yang diperoleh dapat menggalakkan lagi penglibatan warga UPM dalam pemerkasaan agenda pertanian dan sekuriti makanan negara.

Date of Input: 10/06/2024 | Updated: 10/07/2024 | puteriamirah

Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.
Undergraduate: 03 9769 6272/6275
Postgraduate: 03 9769 6266/4430