Tahniah Kepada Pemenang Anugerah Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2024 Fakulti Kejuruteraan, UPM | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » Tahniah Kepada Pemenang Anugerah Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2024 Fakulti Kejuruteraan, UPM

Tahniah Kepada Pemenang Anugerah Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2024 Fakulti Kejuruteraan, UPM

10 Mac 2025 - Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan sukacitanya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga (3) orang penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan yang telah dianugerahkan Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2024. Mereka yang terpilih untuk menerima anugerah berprestij ini adalah:

  • YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Abd Rahim Abu Talib
  • YBhg. Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad
  • YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin

Anugerah TRSM bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan cemerlang saintis penyelidik Malaysia dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Ia juga bertujuan untuk memperkenalkan mereka sebagai pakar dalam bidang masing-masing serta memberi penghargaan kepada sumbangan besar yang mereka berikan dalam kemajuan sains dan teknologi negara.

Penganugerahan ini bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada pencapaian para saintis, tetapi turut menggalakkan mereka untuk memainkan peranan sebagai mentor kepada generasi penyelidik akan datang. Di samping itu, mereka juga diharapkan dapat menyumbang dalam memacu agenda Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) negara, serta memperkukuhkan budaya kecemerlangan dalam bidang tersebut.

Pihak Akademi Sains Malaysia (ASM) turut menggalakkan penyelidik untuk turut serta dalam pangkalan data TRSM dengan memohon untuk anugerah ini. Penyertaan dalam TRSM adalah penting kerana ia menyumbang kepada pembangunan program-program bakat yang dijalankan oleh ASM dan agensi-agensi berkaitan. Pangkalan data ini menjadi asas bagi pihak berkepentingan dalam menilai kapasiti keseluruhan R&D negara, terutamanya dalam pembangunan bakat dalam bidang STIE.

Fakulti Kejuruteraan, UPM sekali lagi mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan berharap kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada warga penyelidik untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang sains dan teknologi.

Date of Input: 10/03/2025 | Updated: 10/03/2025 | puteriamirah

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694098
0397694488
W, (07:20:43am-07:25:43am, 17 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]