Tahniah Kepada Pemenang Hari Anugerah Eksa Fakulti Kejuruteraan 2024 | FACULTY OF ENGINEERING eng
» NEWS » Tahniah kepada pemenang Hari Anugerah Eksa Fakulti Kejuruteraan 2024

Tahniah kepada pemenang Hari Anugerah Eksa Fakulti Kejuruteraan 2024

SERDANG, 28 Jun – Sebanyak 19 pengiktirafan telah diberikan sempena Hari Anugerah EKSA Fakulti Kejuruteraan 2024 yang melibatkan 6 kategori anugerah iaitu Anugerah Pejabat Terbaik, Anugerah Makmal Terbaik, Anugerah Sudut EKSA Terbaik, Anugerah Sudut Go Green Terbaik, Anugerah Bilik Mesyuarat Terbaik, Anugerah Tandas Terbaik dan Anugerah Khas (Zon Terbaik Keseluruhan).

 

Dengan pungutan mata sebanyak 8 mata, Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Kejuruteraan telah dinobatkan sebagai pemenang Zon Terbaik Keseluruhan mengetepikan Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi dan Jaringan Industri & Masyarakat) dan Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah dan Antarabangsa) yang masing-masing memperoleh 6 mata. Dengan kemenangan tersebut, Pejabat TDA dan HEPA telah membawa pulang hamper beserta sijil penghargaan.

 

Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung pada 28 Jun 2024 di Bilik Dekan Fakulti Kejuruteraan telah menyaksikan pemenang Tempat Pertama membawa pulang insentif bernilai RM500.00 beserta sijil penghargaan, pemenang Tempat Kedua membawa pulang insentif RM300.00 beserta sijil penghargaan, dan pemenang Tempat Ketiga membawa pulang insentif bernilai RM200.00 beserta sijil penghargaan. Insentif ini merupakan peruntukan tambahan Belanja Mengurus bagi setengah tahun kedua (HY2).

 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pemenang bagi 6 kategori anugerah seperti berikut:

 

 Anugerah Makmal Terbaik

 Tempat Pertama – Makmal Pencirian Bahan, Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar (KKA)

 Tempat Kedua – Makmal CAD/CAM, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (KMP)

 Tempat Ketiga – Makmal Elektronik Bercetak Fleksibel, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (KEE)

 

 Anugerah Pejabat Terbaik

 Tempat Pertama – Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi dan Jaringan Industri & Masyarakat) (TDPI)

 Tempat Kedua – Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian (KBP)

 Tempat Ketiga – Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah dan Antarabangsa) (TDSA)

 

 Anugerah Sudut EKSA Terbaik

 Tempat Pertama – Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi dan Jaringan Industri & Masyarakat) (TDPI)

 Tempat Kedua – Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) (TDA)

 Tempat Ketiga – Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah dan Antarabangsa) (TDSA)

 

 Anugerah Sudut Go Green Terbaik

 Tempat Pertama – Jabatan Kejuruteraan Awam (KAW)

 Tempat Kedua – Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) (TDA)

 Tempat Ketiga – Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah dan Antarabangsa) (TDSA)

 

 Anugerah Bilik Mesyuarat Terbaik

 Tempat Pertama – Pejabat Dekan (PD)

 Tempat Kedua – Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) (TDA)

 Tempat Ketiga – Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa (KAA)

 

 Anugerah Tandas Terbaik

 Tempat Pertama – Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah dan Antarabangsa) (TDSA)

 Tempat Kedua – Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) (TDA)

 Tempat Ketiga – Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar (KKA)

 

Penilaian yang berlangsung dari 25 Jun 2024 hingga 27 Jun 2024 telah dikendalikan oleh penilai dalaman dari Fakulti Kejuruteraan. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penilai yang terlibat:

 Anugerah Makmal Terbaik

Penilai : Cik Normalina Jamaluddin dibantu oleh Encik Ahmad Saifol Abu Samah, Encik Muhamad Hafizan Mat Fauzi, Encik Mohd Sabri Hassan, Tuan Haji Syed Ruslim Syed Amran, Cik Norhasliza Hasan, Encik Mazrul Hisham Mustapa Kamal, Puan Salwa Abd Rahman dan Puan Sathzura Mohd Saidin

 

 Anugerah Pejabat Terbaik

Penilai : Puan Ernaleza Mahsum dibantu oleh Puan Shafizah Masuri

 

 Anugerah Sudut EKSA Terbaik

Penilai : Cik Nurul Nadira Mohd Jan

 

  Anugerah Sudut Go Green Terbaik

Penilai : Puan Lailawati Bakar

 

 Anugerah Bilik Mesyuarat Terbaik

Penilai : Puan Siti Suriani Sarpan

 

 Anugerah Tandas Terbaik

Penilai : Puan Nor Hasni Zahari

 

EKSA yang merupakan akronim kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam telah diperkenalkan mulai Januari 2014 yang menjadi salah satu inisiatif ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan EKSA di Universiti Putra Malaysia telah bermula pada Januari 2021 dengan objektif untuk meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi, menggalakkan aktiviti pembudayaan amalan hijau, mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan motivasi dan disiplin, memupuk semangat berpasukan, memupuk sikap bertanggungjawab dan amalan penambahbaikan berterusan. 

Sekian. 

Date of Input: 02/07/2024 | Updated: 10/07/2024 | puteriamirah

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694098
0397694488
X, (10:30:03am-10:35:03am, 12 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]