Tahniah Staf Fakulti Kejuruteraan Atas Pencapaian Anugerah Di Majlis Gemilang Putra 2024 | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » Tahniah staf Fakulti Kejuruteraan atas pencapaian anugerah di Majlis Gemilang Putra 2024

Tahniah staf Fakulti Kejuruteraan atas pencapaian anugerah di Majlis Gemilang Putra 2024

    

Tahniah diucapkan kepada 92 orang staf Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berjaya meraih anugerah di Majlis Gemilang Putra (MGP) 2024 yang berlangsung pada 28 Mei 2024 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Abdul Aziz Shah UPM.

MGP merupakan majlis penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai akademik serta bukan akademik UPM yang cemerlang dalam perkhidmatan termasuk bidang pengajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan profesional, penerbitan makalah serta perunding cemerlang untuk universiti dan negara.

 Dalam majlis berkenaan, Naib Canselor UPM, YBhg. Dato' Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata Sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan yang diraikan pada 1 Mei 2024 yang lepas dengan tema “Pekerja Kesuma Bangsa” memberikan pengajaran seiring dengan inisiatif melahirkan modal insan yang mempunyai ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama di samping berkompetensi untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu yang merupakan faktor penentuan daya saing, kemakmuran serta kemampanan masa depan negara. Maka, sambutan Majlis Gemilang Putra 2024 menjadi simbolik kepada pengiktirafan staf UPM yang berdedikasi.

Beliau turut menegaskan keperluan bekerja dalam pasukan agar kejayaan organisasi seterusnya kejayaan UPM sentiasa dilakarkan. Iltizam dan semangat kerja positif, hala tuju dan landasan yang berpaksikan agenda  True-North akan memberikan manfaat, keberkatan dan kesejahteraan kepada warga UPM dalam memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat dan negara.

Warga Fakulti Kejuruteraan dengan seikhlas hati mengucapkan segulung tahniah kepada semua penerima anugerah atas usaha bakti, perkhidmatan dan kejayaan yang diraih. Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga fakulti untuk terus maju ke hadapan dalam menggerakkan pembangunan modal insan yang berkualiti. 

Date of Input: 30/05/2024 | Updated: 10/07/2024 | puteriamirah

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694098
0397694488
W, (04:43:46am-04:48:46am, 10 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]