“The Grand Homecoming”: Kepulangan Alumni Menyemarakkan Sambutan Ke 50 Tahun Fakulti Kejuruteraan UPM Menerusi Majlis Makan Malam | FACULTY OF ENGINEERING eng
» NEWS » “The Grand Homecoming”: Kepulangan Alumni Menyemarakkan Sambutan ke 50 Tahun Fakulti Kejuruteraan UPM Menerusi Majlis Makan Malam

“The Grand Homecoming”: Kepulangan Alumni Menyemarakkan Sambutan ke 50 Tahun Fakulti Kejuruteraan UPM Menerusi Majlis Makan Malam

SERDANG, 19 Disember 2025 - Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Majlis Makan Malam 50 Years of Engineering Faculty: The Grand Homecoming sempena sambutan ke 50 tahun penubuhan fakulti pada 19 Disember 2025 yang lalu. Majlis yang penuh bermakna ini telah berjaya menghimpunkan kira-kira 500 orang tetamu yang terdiri daripada alumni, rakan kolaborasi, rakan industri, mantan staf fakulti dan staf fakulti dalam suasana yang penuh nostalgia.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ir. Muhamad Zohadie Bardaie, Pro Canselor UPM, selaku tetamu kehormat. Turut hadir memeriahkan majlis Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo (Pengerusi Lembaga Pengarah UPM), YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Abu Talib (Menteri Besar Terengganu) bersama isteri, serta Profesor Ir. Dr. Abd Rahim Abu Talib, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang hadir mewakili Naib Canselor UPM.

Penganjuran majlis ini bukan sekadar majlis makan malam, tetapi sebuah majlis kepulangan alumni, menghimpunkan kembali warga fakulti dan rakan industri yang telah membina legasi Fakulti Kejuruteraan UPM selama lima dekad. Sepanjang 50 tahun ini, fakulti telah melahirkan puluhan ribu graduan yang kini berkhidmat sebagai jurutera profesional, penyelidik, pemimpin industri dan pembuat dasar, sejajar dengan tema sambutan “Jurutera@UPM: Di Sini Bermula Segalanya”, ujar Profesor Ir. Dr. Zainal Abidin Ab. Kadir, Dekan Fakulti Kejuruteraan semasa sesi ucapan alu-aluan.

Fakulti Kejuruteraan UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kolaborasi, rakan industri dan alumni atas sokongan berterusan yang memperkukuh ekosistem pendidikan dan penyelidikan kejuruteraan di universiti. Sambutan 50 tahun ini bukan sahaja meraikan legasi fakulti, tetapi juga menjadi pemangkin kepada kesinambungan kecemerlangan pada masa hadapan.

Date of Input: 24/12/2025 | Updated: 24/12/2025 | puteriamirah

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694098
0397694488
X, (12:02:10pm-12:07:10pm, 09 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]