UPM Terus Unggul Dengan Pencapaian Tempat Ketiga Anugerah AKRI 2025 | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » UPM terus unggul dengan pencapaian tempat ketiga Anugerah AKRI 2025

UPM terus unggul dengan pencapaian tempat ketiga Anugerah AKRI 2025

May be an image of dais and text

Program Master in Process Safety and Loss Prevention, di bawah kepimpinan Ketua Program, Dr. Mus’ab Abd Razak, telah berjaya memenangi Tempat Ketiga dalam kategori Anugerah Pengajaran Transformatif di Majlis Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) Tahun 2025!
 
🏆 Pencapaian ini membawa pulang:
✅ Sijil Penghargaan
✅ Trofi
✅ Wang tunai berjumlah RM3,000
 
Anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap pendekatan pengajaran yang inovatif dan transformatif yang diterapkan dalam program Jabatan KKA dalam memupuk pembelajaran bermakna, keselamatan proses industri, serta pembangunan profesional para pelajar.
 
Majlis berprestij ini diadakan pada 5 November 2025, bertempat di bawah naungan YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.
 
Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Mus’ab Abd Razak seluruh pasukan MPSLP, dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini!
 
 
 

Date of Input: 13/11/2025 | Updated: 13/11/2025 | puteriamirah

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397694098
0397694488
W, (07:27:28am-07:32:28am, 17 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]