Read@Uni Siri 1 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» ARTIKEL » Read@Uni Siri 1

Read@Uni Siri 1

Serdang, 12 Ogos 2022 – Jawatankuasa Read@Uni Fakulti Kejuruteraan yang telah diketuai oleh En. Mohammad Arif Bin Johari telah menganjurkan program Read@ENG di Laman Sutera peringkat fakulti. Program pembacaan secara hibrid ini buat julung kalinya diadakan selepas pandemik COVID-19 melanda negara. Program ini bertujuan untuk menggalakkan aktiviti program membaca dalam kalangan mahasiswa, staf dan pensyarah serta keperluan Pertandungan Sudut Bacaan Read@Uni yang dianjurkan oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Pertandingan ini merupakan salah satu anugerah yang akan dipertandingkan sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2022. Aktiviti Read@ENG Siri 1 dipengacarakan oleh Cik Maisarah Mohamed pada jam 11.00 pagi dimulakan dengan sesi pembacaan oleh pengulas Dr. Ahmad Salahuddin Mohd Harithuddin dengan judul buku ‘Muhammad Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal’. Seterusnya, sesi pembacaan diteruskan dengan oleh pengulas Prof. Madya. Dr. Siti Ujila Masuri dengan judul buku ‘Allah Dalam Hati Anakku’. Peserta had seramai 20 orang di Laman Sutera dan 40 orang di Zoom Meeting dan Facebook Fakulti Kejuruteraan UPM. Program ini sangat bermanfaat kepada warga Fakulti untuk meningkatkan minat membaca, memperkaya pengetahuan dan pemahaman umum disamping dapat meningkatkan pemikiran secara kritis dan kreatif. Program ini diteruskan sesi soal jawab antara peserta dan pengulas di Laman Sutera. Akhir sekali, sesi pemberian cenderahati dan penghargaan kepada dua(2) orang pengulas oleh pengerusi dan program tamat pada pukul 12.00 tengahari.






Tarikh Input: 16/08/2022 | Kemaskini: 16/08/2022 | ahmadadib

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEbEAw~