SOALAN LAZIM | FAKULTI KEJURUTERAAN
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

PERGERAKAN PELAJAR KEMBALI KE KAMPUS SESI AKADEMIK 2020/2021
1
Adakah pelajar prasiswazah Fakulti Kejuruteraan (FK) wajib pulang ke kolej kediaman?

Tidak wajib, pilihan adalah bergantung kepada pelajar sendiri dengan syarat pelajar perlu sentiasa bersedia dan mempunyai akses ke fakulti pada masa yang diperlukan (kelas, amali, peperiksaan dsb) seperti yang telah dinyatakan dalam dokumen “Notis Berkenaan Pergerakan Pelajar Kembali Ke Kampus Bagi Semester Kedua Sesi Akademik 2020/2021 Fakulti Kejuruteraan UPM” pada penyataan ​“Semua pelajar prasiswazah FK WAJIB kembali ke kampus UPM Serdang untuk mengikuti aktiviti PdP secara hybrid (bersemuka dan maya) mulai 22 Mac 2021.”

2
Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran secara hibrid?

Pembelajaran secara hibrid bermaksud terdapat gabungan medium aktiviti PdP iaitu bersemuka dan maya bergantung kepada jadual akademik kursus.

3
Siapakah yang perlu mengisi ​Google Form “M​ aklumat Pelajar Fakulti Kejuruteraan yang Memerlukan Penginapan Dalam Kampus pada Semester 2 2020/2021”?

Semua pelajar Fakulti Kejuruteraan yang memerlukan penginapan dalam kampus pada Semester 2 2020/2021. Tujuan ​Google Form ​ini adalah bagi mendapatkan surat sokongan daripada pihak fakulti untuk memohon penginapan di kolej kediaman. Berikut adalah senarai pelajar yang perlu mengisi ​Google Form ​tersebut:

1. Pelajar tahun 1 yang memerlukan tempat di kolej kediaman.
2. Pelajar yang telah berjaya mendapat tempat di kolej kediaman dalam sesi pemilihan sebelum ini.
3. Pelajar yang ingin menginap di kolej kediaman tetapi tidak berjaya mendapat tempat di kolej kediaman dalam sesi pemilihan sebelum ini.
4. Pelajar yang termasuk dalam kategori Mahasiswa Luar Kampus (MLK).

Bagi kategori (1) dan (2), pelajar hanya perlu mengisi ​Google Form ​sahaja manakala bagi kategori (3) dan (4), pelajar perlu mengemukakan surat sokongan yang diterima untuk mendapatkan kebenaran daripada YBhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) melalui emel (seperti yang dinyatakan dalam ​“Notis Dan Tatacara Pentadbiran Kemasukan Pelajar Ke Kolej- Kolej Kediaman Universiti Putra Malaysia, Kampus Serdang, Semester Kedua, Sesi 2020/2021.”

Hal ini adalah kerana, surat sokongan daripada fakulti diperlukan bagi memproses kebenaran menetap di kolej kediaman. Dalam pada itu, pihak kolej dapat mengambil maklum sekiranya terdapat pelajar yang telah berjaya mendapat tempat di kolej kediaman tetapi tidak ingin menetap di kolej kediaman pada semester kedua sesi 2020/2021. Kuota pelajar tersebut boleh diberikan kepada pelajar kategori (3) dan (4) yang memerlukan penempatan di kolej kediaman.

4
Adakah pelajar FK dibenarkan untuk berada di kawasan fakulti sekiranya tiada aktiviti PdP bersemuka berlangsung?

Ya, pelajar dibenarkan untuk berada di kawasan fakulti bagi tujuan menggunakan fasiliti yang disediakan di kawasan fakulti seperti makmal komputer, anjung pelajar dsb.

5
Adakah surat disediakan bagi pelajar fakulti kejuruteraan yang menetap di luar kampus?

Ya, surat perakuan kembali ke kampus akan diedarkan kepada pelajar melalui e-mel dalam masa terdekat. Surat tersebut boleh digunakan bagi tujuan pergerakan harian pelajar FK ke kampus untuk menjalani aktiviti PdP.

6
Adakah kemudahan-kemudahan di Fakulti Kejuruteraan juga akan turut dibuka setelah?

Ya, kemudahan-kemudahan di fakulti seperti perpustakaan, kafetaria dan sbgnya akan dibuka.

7
Bagaimanakah proses untuk kembali ke kampus sekiranya pelajar perlu merentas negeri/daerah?

Pelajar perlu memohon dan mengisi ​Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ​PDRM untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum
melakukan pergerakan. Sila bawa bersama ​surat perakuan kembali ke kampus sebagai dokumen sokongan.


Umum
8
Berapa Jabatan yang ada di Fakulti Kejuruteraan UPM?

Sehingga kini, Fakulti Kejuruteraan mempunyai 8 Jabatan iaitu ; Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa  (KAA), Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian (KBP),Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar (KKA), Jabatan Kejuruteraan Awan (KAW), Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi (KKK), Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (KEE), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (KMP), Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan (KPM).

9
Bila tertubuhnya Fakulti Kejuruteraan UPM?

Diawal penubuhannya pada tahun 1975, Fakulti Kejuruteraan lebih dikenali sebagai Fakulti Kejuruteraan Pertanian. Kini, Fakulti telah berkembang kepada lapan jabatan dan menawarkan lapan program Bacelor dan 34 bidang siswazah dengan jumlah enrolmen keseluruhan pelajar seramai lebih 3000 orang. 

10
Bagaimana untuk membuat tempahan ruang di Fakulti Kejuruteraan?

Kami mempunyai kemudahan yang selesa dan kondusif kepada seluruh warga Universiti Putra Malaysia dan para pelajar. Selain itu, kami juga menawarkan perkhidmatan sewaan seperti makmal, auditorium, dewan dan kemudahan rekreasi kepada masyarakat.  Pegawai Pengurus:
En. Kamarol bin Abu Bakar,
Pejabat Dekan,
Fakulti Kejuruteraan, 
Universiti Putra Malaysia.
Tel: 03-9769 6258
H/P: 013-3654704


Akademik
11
Apakah syarat kemasukan pelajar untuk pra siswazah di fakulti kejuruteraan?

sila layari - http://www.eng.upm.edu.my/academic/undergraduate/bachelor_program_admission_requirements-2288

12
Apakah biasiswa yang ditawarkan untuk program pasca siswazah?

Sila layari http://www.sgs.upm.edu.my/bantuan_kewangan_biasiswa-1893?L=bm untuk mengetahui butiran lanjut mengenai biasiswa dan bantuan kewangan yang ditawarkan.

13
Berapakah anggaran yuran pengajian untuk program pasca siswazah?
14
Adakah program secara kerja kursus diajar pada waktu siang atau malam atau hujung minggu?

Kelas akan dijalankan pada waktu petang bermula 6 petang hingga 9 malam (hari bekerja) atau pada hujung minggu.


Penyelidikan
15
Apakah syarat utama seseorang itu boleh menjadi pembantu penyelidik dan bagaimana cara untuk memohon?

Memastikan seseorang itu bukan berstatus pelajar prasiswazah atau pasca siswazah. Cara memohon ialah dengan mengisi Borang Permohonan Pembantu Penyelidik (PU/PY/BR44/PERSONELR&D) dan sertakan salinan dokumen sokongan serti yang dinyatakan dalam borang tersebut.  

16
Bagaimanakah cara untuk pelajar membuat tuntutan bayaran?

Mengisi Borang Tuntutan Perjalanan dan Pelbagai untuk Pelajar (SOK/KEW/BR48/BYR).  Lengkapkan maklumat yang diperlukan di ruangan A hingga F.  Semua resit hendaklah ditampal pada kertas A4 dan disahkan oleh Penyelia.    Lampirkan penyata bank bagi tujuan pembayaran semula tuntutan terus ke akaun pemohon. 

17
Apa yang perlu dilakukan apabila ingin menghadiri latihan/kursus/seminar?

Mengisi borang Permohonan Kebenaran Menghadiri Latihan (SOK/LAT/BR02/Latihan02) dan disahkan oleh Penyelia. Lampirkan maklumat kursus yang dimohon berserta invois dan Surat Arahan Bayaran yang ditandatangani oleh Penyelia.

18
Bagaimana cara untuk membeli barang Aset Penyelidikan?

Sila isi Borang Pembelian Aset Penyelidkan (PU/PY/BR045/ASET) dan jawab soalan 1 hingga 6.  Sekiranya aset yg ingin dibeli ada dalam proposal asal, sila lampirkan bersama dan jika sebaliknya permohonan akan dimajukan ke RMC untuk kelulusan pembelian.

19
Pusat penyelidikan yang ada di fakulti kejuruteraan?

Kemaskini:: 21/08/2019 [amirahsyahira]

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDTPAb~