Audit COPPA Di Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » Audit COPPA di Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa

Audit COPPA di Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa

Ahli Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa dan Fakulti Kejuruteraan sedang menghadapi Audit COPPA

Pada 28 Januari 2019, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa telah dijadualkan untuk menghadapi Audit Program Pengajian, Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA). Audit ini bertujuan memastikan kualiti pendidikan tinggi mengikut siri garis panduan, piawaian dan kod amalan yang dibimbing oleh MQF untuk membantu penyedia pendidikan tinggi meningkatkan prestasi akademik mereka dan keberkesanan institusi.

Audit berlangsung dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang dihadiri 3 panel iaitu, Turut hadir dalam aktiviti ini adalah Pusat Audit Dalam.

Dalam sesi ini, panel bertemu dengan pihak pengurusan PTJ yang diwakilkan oleh Timbalan Dekan Pengajian Siswazah, iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Fadlee A. Rasid, mengadakan temuramah bersama penceramah program, pelajar program, staf pentadbiran dan sokongan, menyemak rekod dan dokumentasi, melawat kemudahan yang disediakan oleh PTJ untuk program, membuat sampel ke atas amali yang dijalankan dan akhirnya menyediakan draf laporan untuk majlis penutup.

Program Audit COPPA Jabatan diselaraskan oleh Dr. Noorfaizal Yidris dan dibantu oleh ahli program yang turut hadir iaitu Prof. Madya Ir. Dr. kamarul Arifin Ahmad, Dr.Mohd Mohammad Yazdi Harmin, dan Dr Ridzwan Ishak.

Harapan Fakulti, semoga program yang diaudit menetapati piawaian Code of Practice for Program Accreditation (COPPA) yang ditetapkan dan terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada UPM.

 

 

 

Tarikh Input: 29/01/2019 | Kemaskini: 29/01/2019 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEbCAU~