Pesawat MH192 Mendarat Cemas | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » PESAWAT MH192 MENDARAT CEMAS

Pesawat MH192 Mendarat Cemas

Pesawat MH192 mendarat cemas - 159 penumpang, tujuh anak kapal selamat berpatah balik ke KLIA selepas tayar pecah

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN dan SUHANA MD. YUSOP (Kosmo)

KUALA LUMPUR - Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke KLIA semalam kerana salah satu tayar pada gear pendaratan utama sebelah kanan pecah semasa kapal terbang itu berlepas. Pengurus Perhubungan Media MAS, Khairunnisak Dzun Nurin berkata, kejadian tersebut dikesan pada pukul 10.25 malam iaitu 16 minit selepas pesawat itu berlepas. Berikutan itu, kata beliau, pesawat yang membawa 159 penumpang dan tujuh anak kapal itu diarahkan berpatah balik ke KLIA.

Selepas berlegarlegar selama empat jam di udara, pesawat tersebut berjaya melakukan pendaratan cemas dengan selamat pada pukul 1.56 pagi. Khairunnisak memberitahu,semua penumpang dan anak kapal tidak cedera. Semasa kejadian, pesawat itu diterbangkan oleh Kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak bersama dengan pembantu juruterbang, Prakash Kumar.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia Prof. Madya Dr. Kamarul Arifin Ahmad menjelaskan, tiada punca spesifik bagaimana kejadian itu boleh berlaku, namun ia dapat dirungkai setelah siasatan terperinci dilakukan. "Antara faktor yang mendorong tayar gear pendaratan pesawat pecah ialah faktor cuaca, jangka hayat dan kadar tekanan angin," jelasnya.

Sila klik di sini untuk baca berita selanjutnya...  


MH192 mendarat cemas


Updated:: [farahidayu]

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466262
0386567099
C1498515303