Serdang, 16 Ogos – Fakulti Kejuruteraan telah menerima kunjungan Pegawai dari Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM selaku pihak juri bagi Pertandingan Kibar Jalur Gemilang bagi tahun 2023.
Pihak juri yang diketuai oleh Encik Husalshah Rizal Hussian, Pengarah PKKSSAAS, telah diiring oleh staf Fakulti Kejuruteraan (FK) dengan rombongan berbasikal di mana setiap penunggang membawa bendera negeri hingga ke kawasan Foyer, FK.
Sesi penilaian dimulakan dengan lakonan Pengumuman Merdeka oleh Prof.Ir. Dr. Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin, Dekan FK disusuli dengan laungan sajak oleh Puan Zuriawati Mohamad dan nyanyian lagu “Malaysia Baru” oleh warga fakulti.
Lawatan ke Sudut Madani serta penerangan mengenai simbolik origami burung crane serta sudut “Tahukah Anda” oleh Puan Nor Hasni Zahari.
Sesi penilaian diakhiri dengan sesi bergambar warga Fakulti Kejuruteraan bersama Panel Juri pada jam 11.30 pagi.
Setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada Panel Juri, pihak Pengurusan Fakulti dan warga Fakulti atas komitmen, jasa bakti dan sumbangan dalam menjayakan persiapan Penilaian Pertandingan Kibar Jalur Gemilang 2023.
Date of Input: 29/08/2023 | Updated: 29/08/2023 | puteriamirah
Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.
Undergraduate: 03 9769 6272/6275
Postgraduate: 03 9769 6266/4430