Oleh: Siti Noradhlia Mohamad Tukijan
BATU PAHAT, 26 September 2022 - Program Technical and Vocational Education Training (TVET) IPT for Society @ Keluarga Malaysia (UNiTY) telah dilaksanakan pada 23-25 September 2022 di Kampung Bintang, Parit Sulong, Johor dengan penglibatan 15 orang sukarelawan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Unit Pembangunan & Penyelenggaran, Fakulti Kejuruteraan yang terdiri daripada profesor, pensyarah, penolong jurutera serta pelajar. Program ini memerlukan sukarelawan untuk membaik pulih sistem pendawaian elektrik di dua buah rumah penduduk yang terpilih di Kampung Bintang.
KUMPULAN SUKARELAWAN YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM TVET UNiTY
Program khidmat masyarakat ini bertujuan untuk berkongsi dan memindahkan teknologi dan pengetahuan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan berdasarkan bidang TVET daripada IPT seperti automotif, semi konduktor, penyaman udara dan elektrik.
AKTIVITI MEMBAIK PULIH SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK DI RUMAH PENDUDUK
Program TVET ini turut dijayakan dengan penglibatan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia sebagai Ketua Sekretariat program UNiTY yang akan bertindak selaku penghubung di antara pihak kementerian, universiti dan agensi kerajaan dalam pelaksanaan program berbentuk universiti kepada masyarakat.
Secara keseluruhannya, Program TVET Unity telah berjaya membantu komuniti menerusi perkongsian kepakaran teknikal kejuruteraan, khidmat penyelidikan dan sains sosial dalam peningkatan kesejahteraan kehidupan dan sosio ekonomi.
Date of Input: 05/10/2022 | Updated: 05/10/2022 | norliyana_karim
Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.
Undergraduate: 03 9769 6272/6275
Postgraduate: 03 9769 6266/4430