Jawatankuasa Penyelenggaraan dan Kalibrasi Peralatan Penyelidikan Fakulti Kejuruteraan (JKPKPP) di bawah pengurusan Pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi (TDPI), Fakulti Kejuruteraan berperanan dalam memacu aktiviti penyelenggaraan dan penentukuran alat penyelidikan di peringkat Fakulti Kejuruteraan. Skop tugas jawatankuasa adalah seperti berikut:
1.1 |
Merancang permohonan peruntukan kewangan bagi proses penyelenggaraan peralatan penyelidikan di PTJ. |
1.2 |
Mengenal pasti peralatan penyelidikan di PTJ yang perlu diselenggara atau dibaik pulih. |
1.3 |
Melengkapkan senarai permohonan peruntukan penyelenggaraan peralatan penyelidikan di PTJ mengikut format yang telah disediakan (Senarai Permohonan Peruntukan Alatan Makmal Penyelidikan). |
1.4 |
Menyemak senarai permohonan peruntukan penyelenggaraan peralatan penyelidikan di peringkat PTJ untuk memastikan memenuhi kriteria yang ditetapkan dan lengkap. |
1.5 |
Memantau dan menyediakan laporan pemantauan penggunaan peruntukan penyelenggaraan peralatan penyelidikan di PTJ untuk setiap 3 bulan. |
1.6 |
Mengadakan mesyuarat/perbincangan selepas setiap proses pemantauan. |
1.7 |
Melaporkan dalam Mesyuarat Pengurusan PTJ. |
2.1 |
Merancang dan mendapatkan keperluan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi proses tentukuran peralatan makmal di PTJ. |
2.2 |
Merancang dan menyediakan keperluan latihan penentukuran peralatan kepada pekerja. |
2.3 |
Mengenal pasti peralatan, kekerapan dan tarikh yang perlu ditentukur dan lengkapkan Senarai Peralatan Tentukur/Verifikasi (SOK/CAL/SU01/SPT). |
2.4 |
Menjalankan kerja-kerja pemantauan sekurang- kurang 2 kali setahun ke atas peralatan yang ditentukur pada awal dan pertengahan tahun (Buat catatan di bahagian Ulasan Pemantauan, Rujuk: Senarai Peralatan Tentukur/Verifikasi (SOK/CAL/SU01/SPT). |
2.5 |
Memantau rekod kualiti bagi Fail Penentukuran dan Verifikasi Peralatan supaya sentiasa dikemaskini. |
2.6 |
Mengadakan mesyuarat/perbincangan selepas kerja-kerja pemantauan dan dilaporkan dalam Mesyuarat Pengurusan PTJ untuk pengesahan peralatan ditentukur dan kelulusan peruntukan. |
Updated:: 18/10/2022 [norliyana_karim]
Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.
Undergraduate: 03 9769 6272/6275
Postgraduate: 03 9769 6266/4430