Pengenalan | FAKULTI KEJURUTERAAN
» JABATAN » Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa » Pengenalan

Pengenalan

Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa telah ditubuhkan pada tahun 1996 untuk membantu membangunkan industri aeroangkasa negara sepertimana yang telah dilancarkan dalam “National Blueprint for the development of the Aerospace Industry in Malaysia”. Lanjutan daripada peristiwa tersebut, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa telah diperkenalkan.

Kejuruteraan Aeroangkasa adalah hasil gabungan 2 disiplin ilmu pengetahuan iaitu Kejuruteraan Aeronautik dan Kejuruteraan Astronautik. Setiap disiplin membawa makna seperti berikut:

•Kejuruteraan Aeronautik
- cabang ilmu dan aplikasi yang berkaitan dengan bidang aerodinamik, bahan aeroangkasa, struktur, pendorongan, mekanik pesawat, kawalan dan kestabilan pesawat.

•Kejuruteraan Astronautik
- cabang ilmu dan aplikasi yang berkaitan dengan bidang mekanik orbit, persekitaran angkasa lepas, penentuan dan kawalan ketinggian, telekomunikasi, struktur aeroangkasa, dan pendorongan roket.

Sejak penubuhannya, jabatan ini telah mengorak langkah kehadapan dengan jayanya untuk memperomosi dan membangunkan industri aeroangkasa negara. Kini, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran turut ditawarkan sejajar dengan matlamat penubuhan asalnya. Dalam masa yang sama, banyak penyelidikan dan penerbitan telah dihasilkan bertujuan untuk mendalami dan meningkatkan tahap pencapaian aeroangkasa negara. Kerjasama dengan beberapa syarikat turut dimetrai dalam usaha kearah penyelidikan bersama telah diadakan untuk menjalin keakraban diantara universiti dan syarikat-syarikat luar. Ini membuktikan bahawa Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa telah berjaya mencapai ke satu tahap yang lebih tinggi serta mampu menjalin hubungan dengan pelbagai pihak dalam usaha menaikkan industri aeroangkasa negara.

Sekian, terima kasih.


Prof. Madya Dr. Fairuz Izzuddin Romli
Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa.

Kemaskini:: 04/03/2024 [puteriamirah]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdOA5~