TAHNIAH TS. DR. MOHD ZUHAIR MOHD NOR ATAS KEMENANGAN TEMPAT KEDUA DALAM PENGUCAPAN AWAM 3 MINIT SPONTAN @PKPP UPM | FACULTY OF ENGINEERING
» NEWS » TAHNIAH TS. DR. MOHD ZUHAIR MOHD NOR ATAS KEMENANGAN TEMPAT KEDUA DALAM PENGUCAPAN AWAM 3 MINIT SPONTAN @PKPP UPM

TAHNIAH TS. DR. MOHD ZUHAIR MOHD NOR ATAS KEMENANGAN TEMPAT KEDUA DALAM PENGUCAPAN AWAM 3 MINIT SPONTAN @PKPP UPM

Serdang, 7 Mei – Tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Mohd Zuhair Mohd Nor dari Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan atas kemenangan tempat kedua Pertandingan Pengucapan Awam 3 Minit Spontan @PKPP anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi Kategori Pegawai UPM.  

Pertandingan tersebut yang merupakan anjuran Sekretariat Read @Uni PKPP telah berlangsung pada 7 Mei 2024 (Selasa) di Galeri Read @Uni PKPP, Kompleks Mahasiswa UPM. Antara objektif pelaksanaan pertandingan adalah untuk:

  1. Menggalakkan minat dan memupuk budaya membaca dalam kalangan warga UPM.
  2. Memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan keberanian berucap di hadapan orang ramai. 
  3. Meningkatkan membaca dalam kesedaran kepentingan tentang pembangunan intelektual dan pembelajaran sepanjang hayat.

Semoga kejayaan yang diperoleh dapat menyuntik semangat warga UPM dalam peningkatan kemahiran komunikasi dan pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat.

Date of Input: 10/05/2024 | Updated: 10/05/2024 | puteriamirah

MEDIA SHARING

FACULTY OF ENGINEERING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXFVDAa~