Serdang, 7 Mei – Satu program Urban Agrischool : Agricilik Pertanian Bandaran untuk Taski ABIM Cawangan Serdang telah diadakan di Taski ABIM Saidatina Fatimah Sri Serdang. Seramai 33 orang pelajar dan 5 orang guru Taski ABIM telah mendapat pendedahan berkaitan hidroponik dari pensyarah , pegawai dan pelajar Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian, Fakulti Kejuruteraan UPM.
Dalam program ini, pelajar Taski ABIM telah mempelajari konsep hidroponik dengan aktiviti santai yang sesuai dengan usia seperti permainan dan mewarna. Setiap pelajar dan guru Taski ABIM turut diberikan pot hidroponik dan menyemai benih pak choy dengan bantuan penerangan dari UPM. Selain itu, program ini turut mendapat kerjasama dari UCTC UPM yang turut hadir membawa bas pengembangan yang dilengkapi bahan pameran berkaitan pertanian dan sains teknnologi yang menarik perhatian pelajar Taski ABIM.
Menurut Ketua Projek, Dr. Diyana Jamaludin, “Minat pelajar terhadap bidang pertanian agak rendah jika dibandingkan dengan bidang-bidang lain. Oleh itu, program ini dijalankan untuk memperkenalkan konsep pertanian bandar kepada para pelajar seawal peringkat pra-sekolah untuk menanam minat terhadap bidang pertanian serta menggalakkan kerjasama antara universiti dan komuniti. Selain meningkatkan pengetahuan kognitif pelajar tentang sains tanaman dan kejuruteraan pertanian, program ini juga dapat membantu meningkatkan kemahiran afektif dan psikomotor pelajar dengan menanam sikap bertanggungjawab semasa menjaga tanaman hidroponik masing-masing”.
Taski ABIM Saidatina Fatimah Sri Serdang merupakan salah satu organisasti pra-sekolah yang terdapat di Sri Serdang yang berada dalam radius yang berhampiran dengan Universiti Putra Malaysia. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab UPM memastikan komuniti terdekat mempunyai aspirasi pertanian dan mendapat manfaat yang selayaknya. Program yang mendapat dana dari Knowledge Transfer Grants Scheme (KTGS) @ PTJ ini turut merancang untuk memberi pendedahan berkaitan hidroponik ini ke Taski ABIM yang lain di kawasan Serdang.
Date of Input: 09/05/2024 | Updated: 17/05/2024 | puteriamirah
Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.
Undergraduate: 03 9769 6272/6275
Postgraduate: 03 9769 6266/4430