LAPORAN PROGRAM KYUTECH-SHINSHU MOBILITI MAC 2023
Pada 03 Mac 2023, 10 pelajar UPM (8 lelaki + 2 perempuan) yang terdiri daripada kursus Kejuruteraan Eletrik dan Elektronik dan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan bertolak ke KLIA (Kuala Lumpur International Airport) pada pukul 9 malam daripada Kolej Sepuluh. Kami tiba di KLIA pada pukul 10 malam. Pada pukul 1:30 pagi, kami berlepas ke Lapangan Terbang Manila, Filipina. Tiba di Lapangan Terbang Manila pada pukul 7 pagi. Kami bersiap sedia untuk menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang Haneda, Jepun pada pukul 8:30 pagi.
Pada 04 Mac 2023 pukul 12:30 tengahari, kami tiba di Lapangan Terbang Haneda dengan selamat. Kami mengaktifkan JR Pass dahulu berdasarkan Gambar 1 dan kemudian beristirahat di dalam lapangan terbang tersebut. Kami mengambil peluang untuk mengenali sistem tiket pengangkutan awam untuk menaiki tren ke Lapangan Terbang Narita berdasarakan Gambar 2. Pada pukul 9 malam, kami bertolak ke Lapangan Terbang Narita. Kami tiba pada pukul 12 malam.
Gambar 1: JR Pass yang diaktifkan untuk kegunaan pengangkutan awam di Jepun.
Gambar 2: Ruang Pembelian Tiket Tren dan Keretapi di Lapangan Terbang Haneda.
Pada 05 Mac 2023 di Lapangan Terbang Narita, kami beristirahat dan meng’qada solat sementera menunggu pernebangan ke Lapangan Terbang Fukuoka pada pukul 5 pagi. Ketika menunggu pernebangan tersebut, kami tidur lena di ruang duduk yang disediakan.
Gambar 3: Ruang duduk yang dijadikan tempat istirahat.
Apabila tiba di Lapangan Terbang Fukuoka pada pukul 9 pagi, kami berjumpa Ts. Dr. Hafiz Rashidi bin Harun@Ramli yang menunggu kami. Riak wajah muka kami kembali berseri apabila melihat Dr Hafiz. Kami bertukar informasi bersama Dr Hafiz tentang laluan ke Kyutech (Kyushu Institute of Technology) dan sambutan ketibaan kami di Kyutech. Pada pukul 11:00 pagi, kami menaiki tren ke Stesen Orio bersama Dr Hafiz.
Gambar 4: Dr Hafiz bersama kami menaiki tren ke Stesen Orio.
Kami tiba di Stesen Orio pada pukul 12:00 tengahari. Kemudian kami berjalan kaki ke Stesen Bus Gakuen Odori Ave. Kami turun di Stesen Bas ã²ã³ãã®æ•™å“¡å®¿èˆŽå‰ (Hibiki no kyÅin shukusha mae). Dari stesen bas ini, kami berjalan kaki ke Kyutech. Akhirnya, kami tiba di Kyutech setelah 40 jam bertolak daripada Kolej Sepuluh. Setelah tiba di Kyutech, kami disambut oleh Professor Hiroaki Wagatsuma. Prof Wagatsuma membawa kami terus ke rumah tamu yang disediakan oleh pihak Kyutech. Tiba di rumah tamu, Prof Wagatsuma memberi taklimat berkenaan rumah tamu. Antara intipati taklimat tersebut ialah kunci haruslah dipulangkan setiap kali keluar daripada rumah tamu, disarankan pulang ke rumah tamu sebelum pukul 11 malam, dinasihatkan tidak menimbul suasana yang bising dan tidak mencuri peralatan yang disediakan. Prof Wagatsuma juga maklumkan lokasi dobi, kedai makan yang halal dan kedai runcit untuk kami singgah pada waktu yang lapang kelak. Sudah tamat taklimat tersebut, kami akhirnya berehat di rumah tamu yang disediakan.
Gambar 5: Sesi bergambar di hadapan pejabat Kyutech.
Gambar 6: Taklimat berkenaan rumah tamu oleh Prof Hiroaki Wagatsuma
Gambar 7: Lokasi dobi berhampiran Kyutech
Gambar 8: Lokasi kedai runcit berhampiran Kyutech
Pada 06 Mac 2023, kami berkumpul di pejabat urusan Kyutech tingkat 7 untuk penerimaan wang sebanyak 10,000 yen daripada pihak Kyutech. Kemudian, kelas bermula dengan mengenai Robotic Arm Dobot Magician oleh Ass. Prof. Ahmed Al Massri. Dobot Magician Robotic Arm merupakan kit tangan robotik yang sesuai untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran kerana mudah dikendalikan dan difahami. Kami diberi pendedahan alat-alat yang disediakan di dalam set Dobot Magician. Antara alat yang disediakan ialah kaca mata hitam, laser, alat kawalan, penyambar (grabber), penyedut (suction), enjin pam, pen dan 3D printer. 5 modul: Suction, Pen, Gripper, Matrix Switch, Matrix without Switch dan Matrix Conveyer mesti disiapkan sebelum 10 Mac 2023, hari pembentangan projek di hadapan kalangan professor di Kyutech.
Objektif modul suction adalah pelajar mampu mengawal Dobot Magician menggunakan alat penyedut (suction) untuk menyusun blok di tempat yang disediakan. Manakala, objektif modul gripper adalah pelajar berjaya mengawal Dobot Magician menggunakan penyambar (gripper) untuk menyusun blok di tempat yang disediakan. Seterusnya, objektif modul pen adalah pelajar berkebolehan memberi arahan kepada Dobot Magician yang dipasang pen untuk menulis dan melukis. Tambahan itu, objektif modul matrix without switch dan matrix with switch adalah pelajar mampu mengaturcaraan Dobot Magician untuk menyusun blok dalam 3 X 3 matrik dengan suis dan tanpa suis. Akhir sekali, objektif matrix conveyer adalah pelajar mampu mengawal dua Dobot Magician dan kolaborasi kedua-duanya untuk penyusunan blok mengikut warna di tempat yang disediakan.
Sepanjang tempoh menyiapkan modul, Prof Ahmed Al Massri memberi tunjuk ajar dengan penuh jiwa dan raga. Semua pelajar yang terlibat juga memberi kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya untuk menyiapkan modul dalam tempoh singkat yang diberikan. Video akan direkod untuk setiap modul yang selesai, maka saya sertakan pautan video untuk setiap modul:
https://drive.google.com/drive/folders/10t_Ym0l0QA0Q0BNTEfcpcuxzzperjlph?usp=s hare_link
Berikut ada lah garis masa kami menyiapkan 5 modul yang diberikan.
Gambar 9: Pengenalan Dobot Magician
Gambar 10: Cara kendalian Dobot Magician
Gambar 11: Kit Dobot Magician
Pada 06 Mac 2023 selepas kelas tamat, teman-teman Prof Wagatsuma membawa kami menikmati sushi di Sushiro, Kitakyushu. Perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Prof Wagatsuma. Harga makanan di Sushiro amat berpatutan bermula dengan harga 120 yen (RM4). Makanan yang disediakan segar daripada dapur. Perkhidmatan di Sushiro hampir sama dengan Sushi King kerana mempunyai tablet untuk menempah makanan dan conveyer untuk menghantar makanan. Kami tiba di Sushiro pada pukul 5:30 petang dan beredar daripada Sushiro pada pukul 7 malam.
Gambar 12: Teman - teman Prof Wagatsuma
Gambar 13: (dari kiri) Mustaqim, (dari kanan) Athirah dan Qaisara
Gambar 14: (dari kiri) Khaizuran, Zulfakhri, (dari kanan) Badrul dan Nuqman
Gambar 15: (dari kiri) Wan Aiman, Ikhwan, (dari kanan) Dr Hafiz dan Haqim
Gambar 16: Sesi bergambar berhampiran Kyutech selepas makan di Sushiro
Pada 09 Mac 2023, Prof Wagatsuma membawa kami melawat Kitakyushu Museum of Natural History & Human History di Kitakyushu. Muzium ini mempamerkan kehidupan dinosaur pada zaman Mesozoik. Selain itu, ianya juga mempamerkan haiwan – haiwan aquatik dan darat yang hidup pada zaman dahulu dan kini. Tambahan itu, sejarah kehidupan manusia di Jepun turut dipamerkan. Daripada lawatan muzium, kita memperoleh ilmu cara kehidupan dinosaur pada zaman Mesozoik dari segi pemakanan, kelangsungan hidup, personaliti dan sebagainya. Seterusnya, mengenali budaya dan tradisi masyarakat Jepun yang dituruti hingga kini. Kelestarian sejarah di sesebuah negara penting untuk mengenali identiti masyarakat dan negara tersebut maka sewajarnya kita mengenali dan memahami sejarah negara.
Gambar 17: Tiket dan risalah daripada muzium.
Gambar 18: Antara fossil yang dipamerkan.
Figure 19: Fossil mammoth.
Gambar 20: Kehidupan akuatik.
Gambar 21: Rekabentuk rumah dan kehidupan masyarakat Jepun pada zaman dahulu.
Gambar 22: Perarakan perkahwinan
Figure 23: Patung dewa di kuil
Selepas melawat muzium tersebut, Prof Wagatsuma membawa kami melawat Kitakyushu City Science Museum. Di dalam muzium sains ini, terdapat pelbagai pameran yang berkaitan dengan sains. Antaranya ialah 3 tangan robotik sentiasa menyusun blok rumah di dalam ruang yang sempit. Seterusnya ialah panel interaktif yang mampu mengesan pengguna dan pengguna mampu mengawal dari jarak jauh. Seterusnya, pameran bersifat interaktif yang berkaitan dengan asas-asas dalam dunia sains seperti kelajuan bunyi, kekuatan graviti, aerodinamik, refraksi cahaya dan sebagainya. Tambahan itu, terdapat juga ruang pameran yang berkaitan dengan angkasa lepas. Ianya mempamerkan roket, alat dan prototaip yang digunakan untuk mendarat di Bulan. Tidak ketinggalan juga, sejarah angkasawan dan jurutera yang menyumbang kepada eksplorasi angkasa lepas.
Gambar 24: Tiket dan risalah muzium sains.
Gambar 25: Tiga universiti yang memacu kemajuan teknologi di Kitakyushu
Gambar 26: Demostrasi aerodinamik terhadap bentuk yang berbeza.
Gambar 27: Demonstrasi refraksi cahaya.
Gambar 28: Demonstrasi induksi elektromagnetik
Gambar 29: Sejarah pengembaraan ke angkasa lepas
Gambar 30: Mini model roket
Gambar 31: Enjin roket
Gambar 32: Lencana yang dihadiahkan kepada para angkasawan untuk kejayaan dalam kawalan kapal angkasa di angkasa lepas
Maka tiba 10 Mac 2023, Hari Pembentangan Modul. Kumpulan A dan B telah menyediakan slide powerpoint untuk dibentangkan. Kami membentangkan setiap fungsi alat yang digunakan seperti penyambar (gripper), penyedut (suction) dan pen. Kami juga menjelaskan bagaimana kami mampu mengawal Dobot Magician untuk melakukan tugas yang diberikan. Selepas selesai pembentangan, sesi soal jawab diadakan. Beberapa professor berminat terhadap Dobot Magician ini dan dimaklumkan Dobot Magician ini mudah untuk dipelajar. Maka, professor tersebut berhasrat Dobot Magician dapat disebarkan ke sekolah-sekolah untuk mereka mengenali dunia robotik. Tamat sesi soal jawab, kami beralih ke acara penyampaian sijil dan hadiah.
Acara penyampaian diserikan oleh Professor Hiroaki Wagatsuma sebagai penyampai sijil. Setiap pelajar menerima sijil kelulusan tamat program daripada Kyutech. Tahniah diucapkan kepada semua. Selepas itu, sesi penyampaian hadiah diteruskan. Pihak UPM menghadiahkan cawan UPM kepada Prof Wagatsuma dan sejambak origami bunga yang dilipat oleh kami. Dr Ahmed Al Massri menghadiahkan penyepit makanan kepada Prof Wan Zuha atas penghargaan beliau dalam membina kerjaya Dr Ahmed Al Massri. Dr Ahmed Al Massri juga menghadiahkan sejambak bunga kepada Prof Wagatsuma dan Setiausaha kerana banyak membantu beliau dalam hal – hal kertas kerja di Jepun.
Pada waktu malam diadakan majlis makan selamat tinggal kepada Dr Ahmed Al Massri dan pelajar UPM. Dr Ahmed Al Massri akan berpindah ke Toyama University sebagai Assoc. Prof. Pelbagai makanan dihidangkan seperti pizza, sushi, sup sotong dan Mac’n’Cheese. Pembentangan kertas kajian yang dihasilkan oleh pelajar Phd dibentangkan sambil menikmati makanan yang dihidangkan. Antara kertas kajian yang dibentangkan ialah alat rehabilitasi untuk atlet, kamera untuk mengimbas kawasan sekeliling dan sebagainya. Dr Ahmed Al Massri juga membentangkan kertas kajian beliau. Kertas kajian beliau berkaitan tangan robotik untuk kegunaan dikilang dan juga komersial. Tamat program di Kyutech selama 1 minggu pada malam itu.
Gambar 33: Pembentangan Kumpulan B
Gambar 34: Penyampaian sijil oleh Prof Hiroaki Wagatsuma
Gambar 35: Penyampaian hadiah daripada UPM.
Figure 36: Makanan yang dihidangkan pada majlis makan.
Gambar 37: Sup sotong dan udang
Gambar 38: Pembentangan kertas kajian Dr Ahmed Al Massri
Manakala pada minggu ke-2 (11 March 2023), kami bergerak dari Tokyo ke Matsumoto dengan menaiki kereta api laju. Di Matsumoto, kami disambut oleh Professor Shingo Mikamo di stesen keretapi Matsumoto dan beliau membawa kami ke tempat penginapan yang disediakan. Tempat penginapan yang disediakan cuma memerlukan 10 minit berjalan kaki dari stesen kereta api Matsumoto. Kami berehat dan makan malam di tempat penginapan ini.
Gambar 39: Kereta api peluru (bullet train)
Gambar 40: Pemandangan di stesen keretapi Matsumoto
Keesokkan pagi harinya pada (13 March 2023), kami dikenali dengan sekumpulan pelajar dari Universiti Shinshu yang akan membawa kami berjalan sekitar Matsumoto. Kemudian, kami bergerak ke Istana Matsumoto (Matsumoto Castle) yang memerlukan 20 minit berjalan kaki dari tempat penginapan kami. Istana Matsumoto merupakan tempat bersejarah yang mengisahkan tentang peperangan di Matsumoto dan kerajaan Matsumoto suatu ketika dahulu. Di Istana Matsumoto, terdapat banyak barang bersejarah dan peperangan seperti pedang, baju peperangan dan barangan bangsawan yang dimiliki oleh istana tersebut. Istana ini menyimpan banyak sejarah berharga kepada rakyat Matsumoto dan memberi pengajaran kepada generasi akan datang tentang keburukkan peperangan.
Gambar 41: Istana Matsumoto
Gambar 42: Rekod peperangan di Istana Matsumoto
Gambar 43: Pemandangan daripada Istana Matsumoto
Gambar 44: Pemandangan gunung daripada halaman Istana Matsumoto
Gambar 45: Senapang yang digunakan ketika peperangan
Seterusnya, kami menyambung perjalanan ke Aeon Mall Matsumoto yang memerlukan 15 minit berjalan kaki dari Istana Matsumoto. Kami diperkenalkan dengan makanan yang paling popular di Matsumoto iaitu Mi Soba panas dan sejuk. Kami semua memilih untuk mencuba Mi Soba panas memandangkan cuaca pada hari tersebut agak sejuk. Mi Soba ialah sejenis mi tarik yang dihidangkan bersama sup kicap manis dan cuka serta tempura sayur.
Gambar 46: Mi soba Jepun
Pada 14 March 2023, kami bergerak ke Naraijuku, sebuah perkampungan lama di Shiojiri. Kawasan Naraijuku mempunyai struktur yang strategik dimana perkampungan ini dikelilingi oleh gunung ganang yang tinggi dan mempunyai pemandangan yang sangat indah. Di sini, kami dapat melihat bentuk bangunan lama di Jepun seperti zaman dahulu. Kami makan tengah hari disini iaitu bermenukan Mi Soba sejuk kerana cuaca sedikit panas disitu. Kemudian, kami berjalan sekitar kampung tersebut dan membeli cenderahati yang unik disini untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Gambar 47: Naraijuku
Gambar 48: Loceng kuil di Naraijuku
Gambar 49: Mi soba Jepun di Naraijuku
Gambar 50: Kedai makan di Naraijuku
Gambar 51: Stesen keretapi di Naraijuku
Seterusnya, pada 15 March 2023, kami dibawa oleh pelajar Universiti Shinshu ke kilang Seiko Epson di Shiojiri yang memerlukan perjalanan selama sejam dari Matsumoto. Seiko Epson merupakan syarikat pembuatan jam mewah yang sangat terkenal di Jepun dan juga di Malaysia. Disini kami dapat melihat sendiri dengan mata sendiri bagaimana sebuah jam mewah dihasilkan, dari segi pembuatan dalaman dan juga luaran.
Gambar 52: Risalah dan tag tetamu daripada EPSON
Gambar 53: Jam yang dikeluarkan oleh EPSON SEIKO
Gambar 54: Jam yang dikeluarkan oleh EPSON SEIKO
Gambar 55: Sesi bergambar yang terdiri daripada staff EPSON SEIKO
Selepas itu, kami bergerak ke Universiti Shinshu untuk makan tengah hari dan membuat pembentangan di hadapan pelajar dan pensyarah di Universiti Shinshu.
Gambar 56: Makanan yang dihidangkan oleh Universiti Shinshu
Gambar 57: Pembentangan oleh Kumpulan 3 yang terdiri daripada Wan Aiman dan Ikhwan.
Gambar 58: Pembentangan kumpulan 4 yang terdiri daripada Badrul, Khaizuran dan Haqim
Gambar 59: Sesi bergambar selepas tamat pembentangan
Keesokkan harinya pada (16 March 2023), kami bergerak ke Universiti Shinshu kampus kejuruteraan di Nagano. Kampus ini merupakan kampus untuk pelajar yang belajar kos kejuruteraan. Disini kami dapat melihat makmal kejuruteraan elektrik dan elektronik yang canggih dan lengkap untuk penciptaan sebuah cip atau semikoduktor.
Gambar 60: Bilik mesyuarat di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Shinshu
Gambar 61:Ciptaan salah satu Professor untuk melihat partikel untuk transistor
Gambar 62: Salah satu makmal mekanikal di Universiti Shinshu
Gambar 63: Sesi bergambar selepas tamat lawatan.
Pada petangnya, kami dibawa ke Karuizawa yang bertempat sejauh 2 jam dari Nagano. Disini kami pergi ke Garden Mall Karuizawa, antara gudang terus dari kilang yang paling besar di Jepun, untuk membeli belah pakaian serta cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Gambar 64: Deretan kedai di Garden Mall Karuizawa.
Gambar 65: Pemandangan daripada Stesen Keretapi Karuizawa
Akhir sekali, pada (17 March 2023) pagi, kami terus bergerak ke lapangan terbang Haneda Tokyo dengan menaiki kereta api laju untuk pulang ke tanah air Malaysia.
Gambar 66: Tiba di KLIA
Date of Input: 02/07/2023 | Updated: 03/07/2023 | puteriamirah
Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.
Undergraduate: 03 9769 6272/6275
Postgraduate: 03 9769 6266/4430