Keselamatan, kesihatan dan alam sekitar (SHE), adalah bidang pegajian yang melibatkan kepelbagaian disiplin yang memerlukan input daripada berbagai bidang utama kejuruteraan bagi memperbaiki aspek keselamatan dan kesihatan pekerja, masyarakat dan mutu alam semula jadi. Ia merangkumi berbagai aspek ekosistem, persekitaran dan aktiviti manusia. Termasuklah persekitaran industri kecil dan sederhana, aktiviti pertanian, biosistem, tempat kerja, gangguan ergonomi, pengurangan tekanan mental, keadaan fisikal dan psikososial.
Bidang ini juga merangkumi aspek penilaian bahaya-bahaya, pengiraan risiko, dan keberkesanan dan aspek etika tindak balas dalam menghadapi krisis dan bencana. Bidang pengajian ini juga merangkumi rekabentuk untuk pengendalian selamat bahan kimia industri, pengurusan bencana, pelan dan tindakbalas kecemasan semulajadi dan buatan manusia, keselamatan industri, kesihatan dan pengurusan alam sekitar, analisis bahaya, keselamatan proses dan pencegahan kehilangan dan juga kesihatan keselamatan perkerjaan. Bidang penyelidikan SHE merangkumi berbagai aktiviti manusia seperti dalam industri pembuatan, pemprosesan dan pelbagai industri yang berkaitan.
Senarai Pakar
Prof. Ts. Dr. Khalina Abdan
Prof. Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff
Dr. Muhammad Razif Mahadi
Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi
Dr. Hazreen Haizi Harith
Dr. Hamdan Mohamed Yusoff
Prof. Madya Ir. Dr. Nawal Aswan Abdul Jalil
Prof. Ir. Dr. B.T Hang Tuah Baharudin
Prof. Madya Datin Ir. Dr. Siti Aslina Hussain
Prof. Madya Dr. Samsul Bahari Mohd Noor
Prof. Madya Ir. Dr. Mohammad Lutfi Othman
Prof. Dr. Wong Shaw Voon
Dr. Dayang Radiah Awang Biak
Prof. Madya Dr. Tinia Idaty Mohd Ghazi
Dr. Mohd Zahirasri Mohd Tohir
Dr. Mohamad Syazarudin Md Said
Dr. Anas Mohd Mustafah
Kemaskini:: 19/01/2021 [s_suriani]
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.