Sehingga kini, Fakulti Kejuruteraan mempunyai 8 Jabatan iaitu ; Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa (KAA), Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian (KBP),Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar (KKA), Jabatan Kejuruteraan Awan (KAW), Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi (KKK), Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (KEE), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (KMP), Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan (KPM).
Diawal penubuhannya pada tahun 1975, Fakulti Kejuruteraan lebih dikenali sebagai Fakulti Kejuruteraan Pertanian. Kini, Fakulti telah berkembang kepada lapan jabatan dan menawarkan lapan program Bacelor dan 34 bidang siswazah dengan jumlah enrolmen keseluruhan pelajar seramai lebih 3000 orang.
Kami mempunyai kemudahan yang selesa dan kondusif kepada seluruh warga Universiti Putra Malaysia dan para pelajar. Selain itu, kami juga menawarkan perkhidmatan sewaan seperti makmal, auditorium, dewan dan kemudahan rekreasi kepada masyarakat.
Pegawai Pengurus:
En. Kamarol bin Abu Bakar,
Pejabat Dekan,
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia.
Tel: 03-9769 6258
H/P: 013-3654704
sila layari - http://www.eng.upm.edu.my/academic/undergraduate/bachelor_program_admission_requirements-2288
Sila layari http://www.sgs.upm.edu.my/bantuan_kewangan_biasiswa-1893?L=bm untuk mengetahui butiran lanjut mengenai biasiswa dan bantuan kewangan yang ditawarkan.
Sila layari pautan berikut untuk maklumat lanjut http://www.sgs.upm.edu.my/prospective_students/student_admission/tuition_fees-30223.
Kelas akan dijalankan pada waktu petang bermula 6 petang hingga 9 malam (hari bekerja) atau pada hujung minggu.
Memastikan seseorang itu bukan berstatus pelajar prasiswazah atau pasca siswazah. Cara memohon ialah dengan mengisi Borang Permohonan Pembantu Penyelidik (PU/PY/BR44/PERSONELR&D) dan sertakan salinan dokumen sokongan serti yang dinyatakan dalam borang tersebut.
Mengisi Borang Tuntutan Perjalanan dan Pelbagai untuk Pelajar (SOK/KEW/BR48/BYR). Lengkapkan maklumat yang diperlukan di ruangan A hingga F. Semua resit hendaklah ditampal pada kertas A4 dan disahkan oleh Penyelia. Lampirkan penyata bank bagi tujuan pembayaran semula tuntutan terus ke akaun pemohon.
Mengisi borang Permohonan Kebenaran Menghadiri Latihan (SOK/LAT/BR02/Latihan02) dan disahkan oleh Penyelia. Lampirkan maklumat kursus yang dimohon berserta invois dan Surat Arahan Bayaran yang ditandatangani oleh Penyelia.
Sila isi Borang Pembelian Aset Penyelidkan (PU/PY/BR045/ASET) dan jawab soalan 1 hingga 6. Sekiranya aset yg ingin dibeli ada dalam proposal asal, sila lampirkan bersama dan jika sebaliknya permohonan akan dimajukan ke RMC untuk kelulusan pembelian.
Kemaskini:: 10/10/2017 [khairulazman]
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.