Serdang, 1 Ogos – Fakulti Kejuruteraan (FK) telah menganjurkan program Gotong Royong Kibar Jalur Gemilang di sekitar FK bersempena bulan kemerdekaan yang menjelang bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” serta menyahut semangat Program Semarak Merdeka 2023, Universiti Putra Malaysia. Program ini melibatkan semua staf FK berfokuskan pada aktiviti pemasangan bendera Jalur Gemilang di sekitar fakulti.
Staf FK telah bekerjasama dalam menghias kawasan persekitaran fakulti dengan memasang Jalur Gemilang mengikut kreativiti dan disusuli dengan pembersihan fakulti serta persediaan awal bagi Sudut Madani.
Date of Input: 08/08/2023 | Updated: 08/08/2023 | puteriamirah
Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.