KUNJUNGAN RASMI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI KE FAKULTI KEJURUTERAAN, UPM
Pada 15 Februari 2023, Fakulti Kejuruteraan (FK) telah menerima sebuah kunjungan rasmi dari Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo.
Kunjungan rasmi ini dimulakan dengan sesi Pembentangan Maklumat Umum Fakulti Kejuruteraan di bawah kelolaan Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Khair Hassan, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi dan Jaringan Industri & Masyarakat) yang menerangkan data-data terkini mengenai fakulti khususnya maklumat pengajian prasiswazah, siswazah serta penyelidikan dan inovasi.
Program ini diteruskan lagi dengan Sesi Dialog Pengerusi LPU bersama Ahli Pengurusan Fakulti Kejuruteraan di mana beberapa isu utama yang dibincangkan seperti strategi fakulti dalam memberi kelainan dan menjadikan FK sebagai fakulti kejuruteraan yang pertama di Malaysia, peranan FK dalam menerajui impian UPM untuk memperkasa bidang sains dan teknologi pertanian, perhutanan dan veterinar di samping keperluan beban kepada ahli akademik dengan agenda pendanaan & perniagaan universiti.
Menerusi kunjungan rasmi ini, FK berpeluang untuk mempamerkan visibiliti fakulti melalui sesi lawatan yang dimulakan di dua buah makmal iaitu Makmal Jentera Pertanian di bawah kelolaan Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi dan Makmal Rekabentuk Mesin Pemprosesan Makanan di bawah kelolaan Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin. Sesi ini diteruskan lagi dengan lawatan Pameran Produk Penyelidikan oleh setiap jabatan serta lawatan ke Thinker Space 2.0 di mana penerangan ringkas untuk setiap lawatan dikendalikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Khair Hassan dan Prof. Ir. Dr. Wan Azlina Wan Abdul Karim Ghani.
Sesi kunjunguan diakhiri dgn Taklimat Projek Rooftop Solar PV di UPM oleh Prof. Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab. Kadir selaku Pengerusi SURIA Task Force (SURIA – Solar for University’s Research and Investment Accelerations).Setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat dengan program ini.
JABATAN |
NAMA PRODUK |
NAMA PENYELIDIK |
Jabatan Kejuruteraan Awam |
Composite Hybrid Plate Girder for Bridge construction |
Dr. Nor Azizi Safiee |
Reactor |
Prof. Madya Dr. Syazwani Idrus |
|
New Shear Test Equipment |
Profesor Ir. Dr. Ratnasamy Muniandy |
|
Plastic Beads For Construction |
||
FMA Modelling For Actophia Road |
||
A New Roller Compacted Mix Design Technique |
||
Recycle Cooking Oil Granulate For Bitumen |
Prof. Madya Dr. Fauzan Mohd. Jakarni |
|
Cuplump Gel For Bitumen |
||
Recycle Plastic PET Bottles For Road Construction |
||
Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian (KBP) |
SRI Single seedling rice nursery tray |
Prof Madya. Ts. Dr. Aimrun Wayayok |
Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar (KKA) |
PCM PU Slab |
Prof. Dr. Luqman Chuah Abdullah |
Bacterial Cellulose (Facial Scrub) |
Dr. Dayang Radiah Awang Biak |
|
Hand Sanitizer |
Pn. Shafizah Masuri |
|
Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi (KKK) |
Putra IoT Chip |
Prof. Madya Ir. Dr. Fakhrul Zaman Rokhani |
Malaysian Local Perennial Herbs (MYLPHerbs) Dataset |
Dr. Marsyita Hanafi |
|
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (KMP) |
Biocomposite Products |
Prof. Ir. Dr. Sapuan Salit |
Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa (KAA) |
Low Speed Wind Turbine |
Prof. Madya Dr. Noorfaisal Yidris |
New Concept of Rocket Fin |
Prof. Dr. Ir. Kamarul Ariffin Ahmad |
|
High Altitude Platform Station |
Prof. Madya Dr. Azmin Shakrine Mohd Rafie |
|
Channel Wing |
Dr. Mohd Faisal Abdul Hamid |
|
Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (KEE) |
Battery Pack With BMS and Remote Monitoring System For EV and Energy Harvesting Applications |
Prof. Dr. Ishak Ari |
Date of Input: 25/05/2023 | Updated: 30/05/2023 | puteriamirah
Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.