SERDANG, 15 Ogos - Fakulti Kejuruteraan (FK) telah menerima sebuah lawatan dari delegasi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) seramai 11 orang yang terdiri daripada barisan Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Kejuruteraan dan Pusat Penyelidikan Holtikultur.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan Projek Rooftop Solar Photovoltaic yang dijalankan di Universiti Putra Malaysia. Projek tenaga solar ini merupakan sebuah perkongsian strategik antara UPM dan GSPARX Sdn. Bhd. (anak syarikat Tenaga Nasional Berhad). Lawatan dimulakan dengan pengenalan umum Fakulti Kejuruteraan kepada delegasi MARDI dari segi pengurusan, aset serta pencapaian fakulti. Kemudian, ketua Projek Rooftop Solar Photovoltaic, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab. Kadir pula membentangkan perincian projek dari segi persediaan, pelaksanaan serta hasil dapatan projek. Umumnya, model yang digunakan adalah tajaan penuh dari syarikat GSPARX Sdn. Bhd. termasuklah kos operasi dan penyelenggaraan yang ditanggung sepenuhnya dalam tempoh 20 tahun. Penjimatan elektrik yang dianggarkan bagi keseluruhan projek adalah bernilai RM 114 juta. Delegasi MARDI turut dapat melihat sendiri tapak projek tenaga solar yang sedang dijalankan di Fakulti Kejuruteraan.
Semoga lawatan ini berhasil dan memberikan manfaat dalam usaha memperkasakan serta mempergiatkan usaha penjanaan bidang tenaga solar umumnya di organisasi masing-masing.
Date of Input: 07/09/2023 | Updated: 07/09/2023 | puteriamirah
Faculty of Engineering,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia.
Undergraduate: 03 9769 6272/6275
Postgraduate: 03 9769 6266/4430