KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PENGURUSAN KECEMASAN | FAKULTI KEJURUTERAAN
» KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PENGURUSAN KECEMASAN

KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PENGURUSAN KECEMASAN

Keselamatan, kesihatan dan alam sekitar (SHE), adalah bidang pegajian yang melibatkan kepelbagaian disiplin yang memerlukan input daripada berbagai bidang utama kejuruteraan bagi memperbaiki aspek keselamatan dan kesihatan pekerja, masyarakat dan mutu alam semula jadi. Ia merangkumi berbagai aspek ekosistem, persekitaran dan aktiviti manusia. Termasuklah persekitaran industri kecil dan sederhana,  aktiviti pertanian, biosistem, tempat kerja, gangguan ergonomi, pengurangan tekanan mental, keadaan fisikal dan psikososial.

Bidang ini juga merangkumi aspek penilaian  bahaya-bahaya, pengiraan risiko, dan keberkesanan dan aspek etika tindak balas dalam menghadapi krisis dan bencana. Bidang pengajian ini juga merangkumi rekabentuk untuk pengendalian selamat bahan kimia industri, pengurusan bencana, pelan dan tindakbalas kecemasan semulajadi dan buatan manusia, keselamatan industri, kesihatan dan pengurusan alam sekitar, analisis bahaya, keselamatan proses dan pencegahan kehilangan dan juga kesihatan keselamatan perkerjaan. Bidang penyelidikan SHE merangkumi berbagai aktiviti manusia seperti dalam industri pembuatan, pemprosesan dan pelbagai industri yang berkaitan.

 

Senarai Pakar

Prof. Madya Dr. Khalina Abdan 
Prof. Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff
Dr. Muhammad Razif Mahadi
Dr. Nazmi Mat Nawi
Dr. Hazreen Haizi Harith
Dr. Hamdan Mohamed Yusoff
Prof. Madya Dr. Farzad Hejazi
Prof. Madya Ir. Dr. Nawal Aswan Abdul Jalil
Prof. Madya Ir. Dr. B.T Hang Tuah Baharudin
Prof. Madya Datin Dr. Siti Aslina Hussain
Prof. Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab Kadir
Prof. Madya Dr. Samsul Bahari Mohd Noor
Prof. Madya Ir. Dr. Mohammad Lutfi Othman

Kemaskini:: 24/07/2019 [s_suriani]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
B1566427465