Dari Meja Dekan | FAKULTI KEJURUTERAAN
» MENGENAI KAMI » Pejabat Dekan » Dari Meja Dekan

Dari Meja Dekan

Kata Alu-Aluan YBhg. Dekan Fakulti Kejuruteraan

Selamat datang dan terima kasih kerana melawati laman web rasmi Fakulti Kejuruteraan. Sukacita dimaklumkan kami adalah salah sebuah Fakulti Kejuruteraan yang utama di negara ini dan sedang mencipta nama di persada antarabangsa.

 

Kami menawarkan lapan (8) program kejuruteraan untuk prasiswazah iaitu, Aeroangkasa, Pertanian dan Biosistem, Kimia, Awam, Sistem Komputer dan Komunikasi, Elektrik dan Elektronik, Mekanikal dan Proses dan Makanan. Semua program yang ditawarkan telah mencapai status akreditasi yang ditetapkan dan diolah mengikut keperluan standard Washington Accord yang akan membantu membangunkan elemen kreativiti dan kepemimpinan di samping membantu para pelajar membina kepakaran dalam bidang yang diceburi. 

 

Fakulti juga menawarkan program pascasiswazah dalam pelbagai bidang dan mengikut mod pengajian. Kami mengendalikan program sarjana (master) secara kerja kursus dan juga penyelidikan di samping beberapa program PhD industri di mana calon dalam bidang yang berkaitan boleh menjalankan penyelidikan di organisasi sendiri sekaligus boleh membantu menyelesaikan masalah dalam industri tersebut.

 

Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke Fakulti Kejuruteraan untuk melihat sendiri dan mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang kemudahan dan kepakaran yang kami tawarkan supaya Fakulti Kejuruteraan UPM akan menjadi fakulti pilihan anda.

 

Profesor Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab. Kadir
Dekan
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan. Malaysia.
Tel : 03-9769 6262, Faks : 03-9769 4488, E-mel: mzk@upm.edu.my

 

Kemaskini:: 21/02/2024 [puteriamirah]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdPA4~