Fakulti Kejuruteraan dengan sukacitanya mengalu-alukan dan mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana, Doktor Falsafah (PhD) dan Doktor Kejuruteraan (DEng) di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Kami menawarkan pelbagai program pengajian siswazah yang merangkumi Sarjana Secara Kerja Kursus (MSKK) serta 42 bidang penyelidikan di bawah program Sarjana Secara Penyelidikan, PhD dan DEng — memberikan pelbagai peluang kepada pelajar siswazah yang bercita-cita tinggi untuk mengembangkan potensi akademik dan profesional mereka.