Pertandingan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Tahun 2019 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» ARTIKEL » Pertandingan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Tahun 2019

Pertandingan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Tahun 2019

Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Pertandingan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Tahun 2019 yang berlangsung dari 10 hingga 13 Oktober 2019 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada semua peringkat yang mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam menghasilkan penyelidikan bagi mencari penyelesaikan masalah dan inovasi yang dapat memberi faedah yang baik kepada masyarakat. Pertandingan ini telah dimenangi tempat ke-3 oleh Prof. Madya Dr Rosnah Shamsudin bagi kluster makanan dan minuman bagi projek bertajuk “VERSMAP Teknologi Tanaman Bertingkat Bagi Meningkatkan Pengeluaran Azolla Pinnata Sebagai Sumber Makanan Haiwan” dari Jabatan Kejuruteraan Proses & Makanan, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Manakala tempat ke-5 bagi kluster yang sama dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Mohd Nazli Naim bagi projek bertajuk “Pembangunan mesin layan diri kentang goreng bercirikan kesihatan dan gaya hidup moden” juga dari Jabatan Kejuruteraan Proses & Makanan.

Tarikh Input: 15/10/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | amirahsyahira

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXDdIAP~