28 STAF FAKULTI KEJURUTERAAN RAIH ANUGERAH DI MAJLIS GEMILANG PUTRA 2023 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » 28 STAF FAKULTI KEJURUTERAAN RAIH ANUGERAH DI MAJLIS GEMILANG PUTRA 2023

28 STAF FAKULTI KEJURUTERAAN RAIH ANUGERAH DI MAJLIS GEMILANG PUTRA 2023

Tahniah diucapkan kepada 28 orang staf Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berjaya meraih anugerah di Majlis Gemilang Putra (MGP) 2023 yang berlangsung pada 20 Julai 2023 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

MGP 2023 adalah gabungan dua majlis iaitu Majlis Gemilang Putra dan Majlis Gemilang Akademia Putra yang sebelum ini dilaksanakan secara berasingan. Ia bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai akademik dan budak akademik UPM yang cemerlang dalam aspek inovasi dan kreativiti bagi bidang pengajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan professional, penerbitan makalah dan perunding cemerlang untuk universiti dan negara.

Dalam majlis berkenaan, Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata sumber manusia yang diperlukan oleh universiti mestilah berilmu, memiliki teras kemahiran yang bersesuaian, dan berfikiran strategik, kreatif, dan kritis agar kekal relevan dengan peredaran masa dan prestasi universiti.

 

Anugerah yang berjaya diraih oleh staf Fakulti Kejuruteraan adalah seperti berikut:

 

 

Tarikh Input: 24/07/2023 | Kemaskini: 24/07/2023 | puteriamirah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEdAAB~