PROF. IR. DR. MOHD SAPUAN SALIT DIANUGERAHKAN LIFETIME ACHIEVEMENT KNOWTEX AWARD 2024 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » PROF. IR. DR. MOHD SAPUAN SALIT DIANUGERAHKAN LIFETIME ACHIEVEMENT KNOWTEX AWARD 2024

PROF. IR. DR. MOHD SAPUAN SALIT DIANUGERAHKAN LIFETIME ACHIEVEMENT KNOWTEX AWARD 2024

6 Mac 2024, Faisalabad, Pakistan-Tahniah Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Bin Salit atas penganugerahan the Life Time Achievement KnowTex Award 2024 semasa persidangan International Conference on Knowledge Based Textiles (ICKT-24), pada 5 hingga 6 Mac 2024 bertempat di National Textile University, Faisalabad, Pakistan. Beliau telah dipilih oleh Jawatankuasa Pengurusan The Grand Challenge Fund (GCF-63), melalui proses pemilihan yang teliti dan ketat. Jawatankuasa memutuskan beliau dipilih kerana pencapaian beliau yang berprestasi tinggi dalam mengembangkan teknologi Bahan komposit.

 

 

Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Bin Salit turut dijemput untuk menyampai ucaptama bertajuk Development and Characterization of Graphene Nanoplatelet (GNP) Reinforced Polylactic Acid (PLA) Composites for Electric Vehicle Battery Packs semasa persidangan berlangsung. Ini membuktikan bahawa kepakaran beliau diangkat dalam komuniti Bahan komposit di peringkat antarabangsa.

Kejayaan beliau amat membanggakan dan menjadi pemangkin untuk Fakulti Kejuruteraan terus cemerlang.

Tarikh Input: 07/03/2024 | Kemaskini: 07/03/2024 | no.j

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
SXEVGAY~