3, 882 Pelajar Baharu UPM Daftar Semester Pertama Sesi 2019/2020 | FAKULTI KEJURUTERAAN
» BERITA » 3, 882 pelajar baharu UPM daftar Semester Pertama Sesi 2019/2020

3, 882 pelajar baharu UPM daftar Semester Pertama Sesi 2019/2020

SERDANG, 1 Sep - Seramai 3,882 pelajar baharu tempatan program Bacelor Universiti Putra Malaysia (UPM) akan mendaftar di di UPM Kampus Serdang dan UPM Kampus Bintulu bagi sesi akademik 2019/2020 terdiri daripada 1,190 pelajar lelaki dan 2,692 pelajar wanita.

Jumlah pelajar baharu itu meningkat seramai 255 orang atau sebanyak 6.5% di mana pada tahun IaIu seramai 3627 pelajar telah mendaftar di UPM yang terdiri daripada 1067 pelajar lelaki dan 2560 pelajar wanita.

Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris berkata pelajar baharu UPM akan mendaftar dalam 83 program yang ditawarkan daripada 16 fakulti.

Beliau berkata sesi pendaftaran melibatkan lima buah zon di UPM Kampus Serdang dan satu zon di UPM Kampus Bintulu Sarawak. Kaunter pendaftaran dibuka pada 8.30 pagi dan akan berakhir pada jam 4.30 petang di semua zon.

“Seramai 490 pelajar antarabangsa yang turut mendaftar bagi program Bacelor. Jumlah pelajar antarabangsa tersebut meningkat iaitu seramai 14 orang berbanding pada tahun lalu seramai 476 orang.

“Kaedah pendaftaran pelajar baharu menggunakan sistem e-daftar berasaskan web yang dibangunkan untuk memastikan pendaftaran dilaksanakan dengan lebih sistematik. Pembangunan sistem e-daftar merupakan antara salah satu sistem pertama yang digunakan di universiti awam pada tahun IaIu,” katanya pada sidang media di sini.

Selain itu, seramai 120 orang pelajar akan mendaftar di UPM Kampus Bintulu.

Tiga program di UPMKB secara duplikasi mula ditawar pada semester ini iaitu Bacelor Sains Perhutanan, Bacelor Pertanian (Akuakultur) dan Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, menjadikan 4 program Bacelor di UPMKB.

Prof. Aini berkata seramai 11 orang kelainan upaya dan 6 orang asli mendaftar program Bacelor di UPM.

UPM juga mengambil 90 atlet, antaranya ada yang akan mewakili Malaysia dalam Sukan Sea 2019 di Filipina.

Pelajar baharu atlet UPM kemasukan Sesi Akademik 2019/2020 yang akan mewakili Malaysia pada Sukan SEA 2019  di Filipina pada November ini antaranya Muhammad Abdul Azim Othman (Gimnastik Artistik); Karishma Loganathan (Bola Jaring); Navin A/L Arikrisnasamy (Taekwondo); Jabriella Teo Samuel (Angkat Berat); Marceeta Marlyne Marcus (Angkat Berat); Nur Afisa Abdul Halil (Memanah Recurve); Andre Anura Anuar (Olahraga) dan Muhammad Zulfiqar Ismail (Olahraga).

Turut mendaftar ialah 81 pelajar melalui Kemasukan Laluan Khas B40. Laluan Khas ini ditawarkan kepada pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga berpendapatan rendah.

"Setiap pelajar baharu akan menjalani program berbentuk orientasi iaitu Minggu Perkasa Putra selama seminggu di sekitar UPM. Pelbagai aktiviti dalam program ini akan memberi panduan kepada mereka mengenai keperluan untuk menjadi pelajar yang berketerampilan, bernilai tambah dan berkemahiran insaniah yang tinggi untuk bersaing pada masa akan datang,” katanya. - UPM

source : https://www.upm.edu.my/news/3882_new_upm_students_enrol_in_the_first_semester_of_2019_2020_session-51861

Tarikh Input: 01/10/2019 | Kemaskini: 01/10/2019 | amirahsyahira

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI KEJURUTERAAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696262
0397694488
C1574116212